“Mommy Daddy Makan Dulu” Belum Rezeki Timang Cucu ,Pakcik Meja Sebelah Minta Izin Dukung Bayi.

Tul4r sebuah video memaparkan kegembiraan se0rang pakcik apabila dapat mendukung bayi perempuan yang merupakan cahaya mata kepada sepasang suami isteri ketika menjamah sarapan pagi di sebuah restoran.

Menerusi perkongsian di aplikasi TikT0k, suami isteri tersebut @ameeraida menyatakan bahawa pakcik yang duduk di meja sebelah mereka itu teringin menimang cucu tetapi anaknya belum mempunyai rezeki untuk dikurniakan zuri4t.

Bercerita lanjut, @ameeraida berkata pada mulanya pakcik berkenaan bersama isterinya tersenyum melihat bayi mereka bernama Aufaa sebelum meminta izin untuk mendukung sementara pas4ngan muda itu sedang menikmati makanan.

“Tengah sarapan pagi di kedai mamak, ada pakcik makcik sebelah meja senyum-senyum tengok Aufaa. Pakcik tu kata ‘meh atok pegang kejap boleh? Bagi mommy daddy (@ameeraida) makan dulu’.

“Mula-mula macam ris4u, tapi takpelah. Makcik tu cakap dah lima tahun tunggu cucu daripada anak dia tapi belum ada rezeki,” tulis @ameeraida dalam video tersebut baru-baru ini.

Rakaman berdurasi 22 saat itu meraih hampir dua juta tontonan dan menerima 201,900 tanda suka selain lebih 1,700 komen dalam kalangan net1zen.

Selain berkongsi pengalaman peribadi, rata-rata net1zen memahami perasaan golongan datuk dan nenek yang menanti kehadiran cucu sebagai penyeri dalam kehidupan di usia tua.

Nampak mereka penyayang!

Sedih saya, belum ada rezeki nak beri cucu

Terima kasih bagi pakcik tu pegang sekejap

Harap pakcik makcik tu dapat cucu nanti

Sebak tengok kasih sayang…

Semoga kesabaran kita semua akan membuahkan hasil satu hari nanti. Amin! Paling penting jangan mudah putus asa dan terus berdoa memohon rezeki Allah SWT.

Sumber: TT