UAI tergelak jemaah kuliah tanya soalan lucu, wajah mirip pelancong Cin4 jadi perhatian… Janggut dan kopiah putih pun sama!
Video memaparkan seorang pelancong di Pulau Redang yang memiliki wajah mirip pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) meraih perhatian ramai di media sosi4l.
Selepas penularannya, seorang individu turut bertanyakan hal itu kepada UAI sendiri ketika dia menyampaikan kuliah di sebuah masjid di Kuala Terengganu pada Ahad malam.
“Seorang pelancong Cina muka macam Ustaz di Pulau Redang. Apakah tipnya ramai sangat muka macam ustaz?” ujar Azhar ketika membaca soalan yang ditulis kepadanya di atas sekeping kertas.
Terhibur dengan soalan itu, UAI turut berkata ia merupakan perkara biasa memandangkan ada manusia yang dicipta oleh Allah dengan wajah yang serupa.
“Manalah aku tahu? Mung (kamu) yang pandai ‘kelebet’ jari dah kenapa? Habis orang dicari. Tadi keluar pula (di media sosi4l) seorang lagi (wajah mirip).
“Tapi bukan pelancong Cina, profesor mana rambut belah tepi. Muka macam aku terus.
Saling tak tumpah, kopiah pun sama… moga keduanya sihat selalu.
“Tapi biarlah. Benda begitu tiada masalah, tiada mudarat. Dah cakap dalam dunia kita akan jumpa (wajah seiras), Tuhan buat muka sama,” jelas pendakwah itu.
Dalam sesi sama, Azhar berkata setakat ini dia menemui tiga individu yang dikatakan mirip wajahnya.
“Kan kita selalu cakap, kalau banyak berjalan, banyak jumpa, tujuh orang muka macam kita.
“Ni dah keluar (viral) pelancong C1na. Jadi tiga orang la. Dulu Titanic dengan Westlife,” ujarnya dalam nada berseloroh sebelum disambut dengan hilai tawa jemaah lain.
Sebelum ini, tular video memaparkan seorang pelancong mirip UAI sedang menaiki sebuah bot di Pulau Redang.
Apa yang mencuri perhatian, pelancong Cina itu juga memakai kopiah sehingga dia menjadi perhatian netizen.
Video pelancong Cina itu dikongsi menerusi aplikasi TiKTok oleh seorang individu dikenali sebagai Shamsulzahari90.
Sehingga kini, video itu menerima 1.9 juta tontonan dan dihujani hampir 2,000 komen netizen.
“Tak, sekarang ni kenapa dia (pelancong) pun pakai kopiah?
“UAI tak cakap pun dia ada kembar?
“Sekali tengok macam UAI. Janggutnya, kopiahnya. Muka sama.
“Ya Allah, saling tak tumpah. Kopiah pun sama. Moga keduanya sihat selalu,” tulis netizen.
Sumber:mstar