Dua minggu mengalami batuk berpanjangan di Tanah Suci, Datin Alyah dimasukkan ke hspital

Datin Alyah dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Subang Jaya selepas tiba dari Tanah Suci pada Khamis lalu.

Alyah atau Noor Hasliah Abu Hassan, 43, berkata, dia sepatutnya dijadualkan pulang ke tanah air pada 17 Julai selepas mengerjakan ibadah haji namun mengambil keputusan pulang lebih awal.

Ia susulan sudah dua minggu dia mengalami b4tuk berpanjangan sehingga menjejaskan kesihatannya.

“Saya buat keputusan balik ke Malaysia pada 4 Julai yang sepatutnya saya pulang pada 17 Julai 2024.

“Batuk saya tak hilang-hilang hampir dua minggu dan setiap kali batuk rusuk kiri saya macam mencucuk.

“D0ktor membekalkan ubat tahan s4kit sepanjang penerbangan pulang dan mendapatkan rawatan sejurus pulang ke tanah air,” katanya.

Alyah berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada pagi Sabtu.

Dalam pada itu, Alyah memohon maaf sekiranya dia tidak menjawab panggilan dan mesej yang dihantar kepadanya.

Penyanyi lagu Kisah Hati ini juga memohon orang ramai mendoakan agar keadaannya tidak serius dan kembali pulih seperti sedia kala.

“Sekarang saya di wadkan di hspital, pada sesiapa yang menelefon saya tidak dijawab atau whatsApp tak jawab saya minta maaf banyak-banyak.

“Mohon doakan saya harap pagi (Sabtu) ini keputusan sinar-X dan dar4h saya tidak ada apa-apa,” ujarnya.

Pada 12 Jun lalu, Alyah berangkat ke Tanah Suci Makkah bagi mengejarkan ibadah haji.

Sumber:HM