Sudah 3 kali Ina Naim mimpi jumpa Suhaimi Saad, arwh tersenyum wajah bersih dan bercahaya

Ina Naim mengakui pernah bermimpi bertemu arwh suaminya iaitu Suhaimi Saad.

Kata Ina atau nama sebenarnya Nordiana Mohd Naim, 40, selepas mimpi itu dia bangun tidur dengan perasaan sangat gembira.

“Saya ada mimpi arwh (Suhaimi). Mimpikan dia sangat seronok dan saya tidak sedih.

“Semua mimpi tentang dia, apabila bangun tidur saya senyum sahaja,” katanya semasa bersiaran langsung di aplikasi TikT0k.

Ina mendedahkan mengenai perkara itu selepas diajukan soalan oleh pengikutnya.

Berkongsi lanjut mengenai mimpi itu, Ina berkata dia dapat melihat wajah arwh sangat bersih dan dalam keadaan bercahaya.

Malah, sejurus bangun daripada tidur, Ina segera membacakan doa buat arwh untuk mengubati rasa rindunya itu.

“Saya mimpi dia dah tiga kali dalam keadaan yang sama di meja makan. Ada air kemudian dia tundukkan muka dan senyum.

“Muka dia sangat bersih, putih bercahaya dan dekat pipi dia timbul urat-urat warna hijau.

“Saya rasa dia sangat selesa dekat sana, apabila saya terjaga dari tidur saya akan bacakan doa untuk hilang rindu,” jelasnya.

Suhaimi atau Suhaimi Mohd Saad menghembuskan nafas terakhir di Hspital Sultan Ismail, Johor Bharu pada 15 November tahun lalu akibat masal4h kesihatan yang juga menyebabkan organ dalaman tidak berfungsi.

Suhaimi juga merupakan bekas anggota kumpulan nasyid Inteam.

Untuk rekod Ina dan Suhaimi mendirikan rumah tangga pada 12 Oktober 2007 dan mereka dikurniakan empat orang cahaya mata.

Sumber:HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *