Milik Degree Bidang K1mia, Gadis Tak Malu Kerja Di KFC Namun Undang Kerisauan Keluarga.

Isu lambakan graduan dengan kekurangan peluang pekerj4an bukanlah satu isu baru lagi dalam negara ini. Baru-baru ini pula, 

kecoh di media s0sial perkongsian seorang gadis tentang pekerjaan terkininya ini selepas tamat pengajian sekaligus mencetuskan persoalan dalam kalangan n3tizen. 

Bahkan ramai juga yang turut bersimpati melihat nasib graduan masa kini yang susah mendapat pekerjaan.

Belajar tinggi masih susah untuk dapat kerjaya yang setimpal dengan apa yg dipelajari akan menyebabkan kita kurang tenaga mahir masa akan datang.

tak malu kerja di kfc

Menerusi video yang dikongsikan ini, gadis itu dilihat menghadiri majlis konvokesyen bersama-sama para graduan yang lain selepas berjaya menamatkan pengajian mereka. 

Difahamkan, gadis itu telah berjaya menerima ijazah sarjana muda dalam bidang kimia di sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam.

Namun kini dia akur bekerja di salah sebuah restoran makanan segera yang jauh berbeza dari bidang yang dipelajarinya. Menurut gadis itu di ruangan kapsyen, ini bukanlah pekerjaan yang sempurna namun dia bersyukur dengan rezeki yang diberikan.

Perkongsian gadis itu kemudiannya tular dikongsikan dengan lebih dua juta tontonanan setakat ini. Malah rata-rata netizen turut sama bersimpati dan memahami masalah yang selalu dihadapi oleh graduan pada masa sekarang ini.

Meninjau di ruangan komen, netizen turut berkongsikan situasi yang sama seperti yang dilaluinya ini ditambah pula dengan peluang pekerjaan yang terhad. Dalam masa yang sama, netizen turut mendoakan yang terbaik untuk gadis itu pada masa hadapan.

Antara Komen netizen tak malu kerja di kfc :