“Merah Sangat Ke?”Ustazah Hayun Pelempang Kerana Hilang Sabar Budak 7 Tahun Cari Surat Tak Jumpa. Cikgu Lain Saksi Kejadian Pula Pura-Pura Terkejut.

Pendedahan seorang wanita yang mend4kwa murid lelaki tahun satu dilempang ustazah di sebuah sekolah di Klang, Selangor mengundang kemarahan ramai.

D4kwa sepupu mangsa menerusi bebenang di halaman X, guru berkenaan bertindak sedemikian pada Isnin lalu gara-gara muridnya tidak menjumpai surat yang dikehendaki.

“Ustazah tu minta surat, sepupu saya cari dalam beg tak jumpa. Kemudian disebabkan sepupu saya tak jumpa dia lempang budak tu.

“Kenapa dia tak tolong cari? Kenapa kena lempang depan orang ramai?

“Dia baru berumur tujuh tahun. Budak tu (berkulit) putih memang nampak muka berbekas kena lempang,” ujarnya.

Bercerita lanjut, wanita itu turut mendakwa insid3n kekasaran terhadap murid berkenaan turut disaksikan beberapa guru lain namun tiada sebarang tindakan diambil.

Menerusi bebenang sama, wanita itu turut berkongsi tangkap layar perbualan di WhatsApp antara bapa saudaranya (bapa mngsa) dengan salah seorang guru lain di sekolah bagi mendapatkan penjelasan.

Namun jawapan yang diberikan guru berkenaan menggambarkan seolah-olah 1su tersebut tidak serius.

“Kejadian di depan orang ramai, tapi cikgu lain buat tak tahu je. Lepas tu tak ada tanya pun budak tu okey ke tak lepas kena lempang… ibarat benda tu biasa je.

Kejadian di depan orang ramai, tapi cikgu lain buat tak tahu je.

“Anda sebagai pendidik lagi pula ustazah, you should know better. Boleh pula cikgu-cikgu lain cakap macam ni… merah sangat ke?.

“Ustazah tu badan sah la lagi besar daripada budak umur tujuh tahun. Apa bendalah kau fikir masa lempang ye? Badan besar tangan pun mesti besar kan,” katanya.

Tambahnya, sejurus kejadian tersebut berlaku, ibu mngsa terus membawa anaknya ke klinik berdekatan bagi mendapatkan rawatan dan pemeriksaan.

“Lepas kena tu, mak dia bawa budak tu pergi klinik. Lempang fresh lagi siap pakej bengk4k.

Surat d0ktor yang membuat pemeriksaan ke atas mngsa.

“Pemeriksaan awal oleh doktor mendapati bahagian pipi kiri mngsa bengkak, merah dan s4kit,” katanya.

Difahamkan laporan polis juga sudah dibuat oleh bapa mngsa di Balai Polis Klang pada Selasa.

Tambah wanita itu lagi, guru besar di sekolah mngsa baharu sahaja menghubungi keluarga murid terb4bit pada Rabu bagi menyelesaikan isu berbangkit selepas ia tular di media sosi4l.

Namun dia sedikit kecewa setelah mendengar alasan pihak sekolah yang mengatakan mereka sibuk dengan kursus hingga menyebabkan lambat memberi respons.

Sumber:Mstar