Elfira Loy Bakal Mengerjakan Ibadah Haji, Menangis Terharu Ramai Bantu Buat Persiapan

Elfira Loy luah rasa seb4k apabila ramai yang membantunya membuat persiapan untuk mengerjakan ibadah haji.

Menerusi perkongsian di TikT0k, Elfira menangis selepas mencuba pakaian pemberian jenama muslimah tempatan untuk dibawa ke Tanah Suci Makkah.

Assalamualaikum. Hari ni hari pertama saya cuba baju-baju yang orang bagi. Saya tak pernah buat video menangis macam ni tapi rasa terharu bila ramai sangat yang tolong siapkan baju, hantar tudung semua.

Saya sangat tersentuh. Terima kasih sangat-sangat dekat semua orang yang banyak tolong saya.

Saya rasa sebak sebab ini baju pertama yang saya cuba untuk packing baju haji saya.

Dalam pada itu, Elfira turut menyatakan rasa masih tidak percaya dia mendapat panggilan untuk mengerjakan ibadah haji.

Bismillahirrahmanirrahim. Mungkin ada yang tahu, mungkin ada yang tak tahu. Tapi saya pun masih di fasa tak percaya. Doakan saja baik-baik dulu.

Sumber: TikT0k

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *