Mengaji Dan Dalami Agama ,Rozita Che Wan Tenang Usia 50.”Kalau Boleh Amal Ibadat Kita Tak Nak Tinggal”

Semakin kejar akhir4t, semakin melimpah ruah rezeki Rozita Che Wan. Sebut sahaja nama selebriti popular ini pasti ramai yang membayangkan kejelitaan dan imej glamor isteri Zain Saidin ini.

Tersenarai antara selebriti wanita tercantik tanah air, Rozita Che Wan atau mesra disapa Che Ta ini sememangnya mempunyai aura dan pesona tersendiri. 

Apatah lagi, dia merupakan Miss Malaysia Intercontinental 1992 yang cukup sinonim dengan kecantikan dan fesyen.

Walau sibuk dengan karier dan menghadiri pertunjukan Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) baru-baru ini, Che Ta tetap mesra melayan pelawaan Nona sebagai penghias Nona edisi digital Ogos 2023.

“Awal bulan depan akan busy dengan pencarian Hero Remaja. Kalau nak kata dengan lakonan, tak ada lagi buat masa sekarang tapi sibuk dengan produk baru. Sebab tu I tak masuk set shooting sebab kalau masuk, I punya kerja macam tergendala.

So nak settle a few produk nak keluar dalam sebelum hujung tahun ini,” dedah Che Ta mengenai perkembangan diri.

Genap mencecah usia 50 tahun pada 9 Mac lepas, jelitawan ini masih menjadi buruan penerbit dan syarikat korporat untuk menjadi teraju mahupun wajah kempen mereka. 

Mengulas pelantikannya sebagai ‘muse’ Angsa Emas Jewellery pada Februari lalu, Che Ta meluahkan rasa syukur atas tawaran berkenaan.

“Sebenarnya orang perempuan ni memang dah pandai dan cerdik. Dah tahu dekat mana orang kata nak labur dan spend duit depa. Depa boleh simpan duit, ikat perut hanya untuk beli emas.

Emas daripada perhiasan, boleh juga dijadikan sebagai pelaburan jangka masa panjang. Kalau beli gold bar boleh jual bila naik harga, ada untung.

Sama juga macam beli barang kemas, beli pada harga rendah bila dah pakai lama-lama dan bosan, boleh trade in. Tak rugi harga. Janganlah beli hari ini jual esok. Ia untuk jangka masa panjang. Ada keuntungan di situ.”

Kian matang melalui episod kontr0versi dan asam garam dunia seni, Che Ta yang sudah hampir dua dekad bergelar anak seni mengaku fokusnya kini ialah keluarga. 

Meniti usia separuh abad, dia mahu menikmati kehidupan yang lebih tenang dan mendekatkan diri dengan Yang Maha Esa.

Jelas usahawan Inai Che Ta dan RCW Scarves ini, dia amat mengutamakan hubungan kekeluargaan dan selesa dikelilingi adik-beradik dan ahli keluarga tersayang.

“Hubungan adik-beradik memang akrab sebab kita tak banyak kawan luar, kita hanya berkawan dengan adik-beradik. Susah senang kami dari kecil, hanya ada adik-beradik je.

Macam sekarang, I lebih suka keluar dengan adik-beradik stay dan lepak dengan mereka. Macam my mom pun duduk dengan I. Ayu je duduk jauh sedikit dengan kami, 

lain-lain semua duduk dekat KL. Bila weekend Ayu datang rumah, I akan ajak semua datang rumah makan-makan dan berkumpul.

Sebab I rasa bila dah berusia ni I macam nak kecilkan circle kawan. Tengok mana yang kawan makan kawan, kawan yang friend for benefit ke semua tu I nak avoid.”

Tambahnya lagi, “Sebab tu kalau tengok, I dah jarang lepak dengan kawan. Sekarang kehidupan I pagi mengaji, lepas Zohor baru pergi office dan balik. 

Sebelum Maghrib tu dah dekat rumah. Kehidupan I sekarang ni kalau orang mungkin tak nampak I dekat mana-mana, I sebenarnya sangat tenang di rumah.

Sumber:hm