Mengadu Mudah Demam Dan Sakit Perut , Tin Jinbara Disahkan Hidap Kanser Hati.

Bekas vokalis Jinbara iaitu Tia dikejarkan ke Hspital Shah Alam pada Rabu lalu kerana mengalami s4kit perut yang melampau dan sukar bernafas.

Menurut isterinya Suzan Ahmad berkata Tia atau Shamsul Bakhtiar Zakaria, 53, bagaimanapun dalam keadaan stabil namun sedikit kritik4l.

“Keadaan Abang Tia sekarang ini stabil dan memang doktor sudah sahkan dia menghidap kanser hati. Tahap berapa itu doktor masih lagi lakukan siasatan.

“Dia masuk hopsital pada Rabu dengan keadaan yang tidak berapa sihat jadi doktor ambil keputusan untuk tahan dia sebab kes4kitan dia lain macam sedikit.

Tia menghidap k4nser hati.

“Bila buat periksaan lanjut… apa semua baru nampak masalah dia dekat hati dia. Memang ada ketumbuhan bersifat kanser,” katanya 

Dalam pada itu Suzan memberitahu kesihatan Tia sememangnya tidak menentu sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Malah dia bertindak untuk menghantar suaminya ke hspital pada Rabu lalu selepas keadaan Tia seakan memburuk apabila perutnya semakin membesar.

“Sebenarnya dia bertahun-tahun tak sihat tapi on off. Cepat s4kit… cepat baik. Jadi kami tak tahu ada benda lain yang bahaya.

“Dia selalu s4kit perut… mudah demam dan cepat letih. Benda itu berlarutan dan sentiasa berlaku,” katanya.

Suzan juga berkata ketika ini dia masih lagi menantikan perancangan daripada d0ktor yang merawatnya.

“Sekarang ini d0ktor di sini sedang berbincang dengan d0ktor di Selayang untuk langkah seterusnya. Mungkin minggu depan kami akan ke Selayang untuk perancangan lanjut,” kongsinya.

Tia bersama isterinya Suzan Ahmad.

Ditanya mengenai kewangan ketika ini, Suzan memaklumkan Tia memiliki insuran namun tidak cukup untuk menanggung kos rawatan peny4kit suaminya.

Dia bagaimanapun akan melakukan pelbagai usaha untuk memastikan suaminya mendapat rawatan yang sewajarnya.

“Saya bukan nak meminta bantuan ke apa, tapi saya risau proses ia akan panjang dan bukan untuk sekarang ini saja.

“Mungkin ada ubat yang saya kena beli nanti jadi sangat membantu kalau ada pihak yang sudi membantu.

“Saya juga harapkan semua peminat doakan kesembuhan dia,” ujarnya.

Sumber:hm