Menantu Sanggup Ikat Perut Bayar Hantaran Mahal , Simpan Dend4m Terhadap Ayah Mentua”Ini Kali Terakhir Bapak Tengok Anak Bapak”

Pend4kwah, Ustaz Don Danial mendedahkan kisah seorang lelaki yang berdend4m akibat bapa mentuanya bertindak meletakkan hantaran perkahwinan yang terlalu tinggi.

Makan mi segera

Menerusi podcast Hitam Putih Kehidupan bersama Datuk Rosyam Noor, Ustaz Don berkata seusai selesai akad nikah, lelaki tersebut menyatakan bahawa dia tidak membenarkan bapa mentuanya berjumpa dengan isteri.

Kisah ini berlaku 15 tahun lalu dan bapa pengantin perempuan itu meletakkan wang hantaran RM15,000. Besar la untuk kita.

Pengantin lelaki tu tetap sediakan. Selepas selesai akad, dia pegang tangan pengantin perempuan kemudian pusing ke arah bapa mentuanya.

Dia kata, ‘bapak, ini kali terakhir bapak tengok anak bapak, lepas ini tak jumpa dah, Assalamualaikum.‘

Difahamkan lelaki tersebut bertindak sedemikian kerana bapa mentuanya meletakkan harga hantaran yang terlalu tingga sehingga dia terpaksa mengikat perut.

Terkejut semua dalam majlis perkahwinan itu dan ramai yang bertanya kenapa dia buat begitu.

Katanya disebabkan bayaran hantaran yang mahal, dia setiap hari makan mi segera sahaja.

Mengulas tentang kejadian itu, Ustaz Don kemudian menzahirkan kerisauannya berikutan perkara tersebut boleh memberi kesan yang buruk terhadap rumah tangga lelaki berkenaan.

Saya tak t4kut apa yang berlaku ketika majlis itu, orang mungkin akan bercakap sikit-sikit sahaja. Tapi saya t4kut kesannya untuk tiga tahun selepas itu.

Sumber: TikT0k Suhan Channel Official

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *