Idea unik bapa sambut raya. Anak lelaki kena pakai baju Melayu sedondon bersulamkan jata Johor, tak lupa songkok tinggi sejengkal

Menjelang sambutan lebaran 1 Syawal, media sosi4l pasti tidak lekang dengan perkongsian persiapan raya termasuk koleksi busana dan kuih-muih.

Bagaimanapun baru-baru ini warga TikT0k dikejutkan dengan video koleksi baju Melayu yang dilengkapi jata negeri Johor dan sulaman nama penuh milik seorang lelaki.

Menerusi video berdurasi 24 saat itu, pemilik video yang menggunakan nama akaun @justfit.w1 menunjukkan beberapa pasang baju Melayu pelbagai warna dengan ciri-ciri sama.

Keunikan bajunya itu membuatkan video yang dimuat naik tular sehingga ditonton lebih 1.4 juta pelayar TikT0k.

Bukan itu sahaja, warga maya yang terhibur melihat koleksi baju tersebut turut meninggalkan pelbagai komen mencuit hati termasuk menyatakan ia adalah pakaian seragam.

“Kau pegawai istana atau macam mana bang?

“Ni bukan baju raya, ni pakaian seragam.

“Apa pasal nak besar-besar sangat logo? Lencana ke apa tu?

“Mula-mula aku fikir ni baju Melayu baru cikgu sekolah di Johor… sekali baca komen, dia kata baju raya. Letih la gelak,” ujar beberapa warga maya.

Berkongsi cerita, Muhammad Fitri Saiful Amri berkata, idea untuk membuat sulaman jata negeri Johor dan nama penuh pada baju raya datang daripada bapanya.

“Ayah saya pernah cakap yang dia minat untuk nampak lain daripada lain… maksudnya nak cipta kelainan tersendiri,” ujarnya yang baru berusia 18 tahun dan sedang menunggu keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Saya pernah bawa pergi asrama dan ia jadi perhatian kawan-kawan serta cikgu terutama semasa sambutan hari.

Mengimbau permulaan idea fesyen tersebut, remaja itu berkata gaya berkenaan sudah digayakan mereka sekeluarga sejam sambutan Aidilfitri 2019 sehingga sekarang.

Bagaimanapun, ia tergendala pada tahun 2020 disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Tapi selepas 2020 tu, memang akan buat setiap tahun tanpa berkecuali… tahun ni pun dah siap tempah. Ayah memang beli baju Melayu siap dan hantar tempah sulam nama serta logo,” ujarnya yang bakal mengenakan tema lilac pada pagi raya nanti.

Pernah menerima pelbagai persoalan tentang baju rayanya, anak bongsu daripada empat beradik ini bertindak ‘memberontak’ dan menyuarakan bantahan supaya dia dikecualikan daripada membuat sulaman tradisi tersebut.

“Sulaman jata negeri dan nama ni hanya untuk lelaki je, kakak saya tak kena.

“Tahun ni saya cakap tak nak, saya confess tapi ayah macam tak puas hati… abang-abang pula tak membantah.

“Lagipun ayah seorang yang pendiam tapi dia akan buat muka dan tunjuk dia tak suka. Jadi saya faham reaksi tu dan reda je la,” luahnya.

Menurut anak kelahiran Segamat ini, dia pernah menjadi perhatian kawan-kawan sekolah serta guru kerana keunikan baju Melayu tersebut.

“Sebelum ni saya pernah bawa pergi asrama dan menjadi perhatian kawan-kawan serta cikgu terutama semasa sambutan hari raya kat sekolah.

“Mereka tak ejek tapi beri reaksi terkejut selepas tengok baju saya. Memang terasa sedikit ganjil,” tambahnya lagi.

Dalam pada itu Muhammad Fitri berkata, selain sulaman tersebut, bapanya yang kini berusia 51 tahun dan merupakan penjawat awam pernah meminta mereka sekeluarga mengenakan songkok tinggi pada hari raya.

Malah katanya, tradisi tersebut bermula sejak dia berada di sekolah rendah dan diteruskan sehingga kini.

Sumber:mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *