Permaisuri Agong melawat keluarga mngsa nahas helikopter, kurnia sumbangan peribadi buat b4lu

Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat melawat keluarga Pegawai Taktikal Udara Skuadron 503, Allahy4rham Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris di Taman Senawang Perdana, Negeri Sembilan pada Ahad.

Allahy4rham Mohammad Amirulfaris merupakan salah seorang daripada 10 individu yang maut dalam nahas helikopter di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut, Perak pada Selasa.

Menerusi perkongsian di fb, Seri Paduka Baginda bertemu balu Allahyarham, Siti Aisyah Mohd Roslan bersama dua anak lelaki berumur tujuh dan dua tahun.

Seri Paduka Baginda meluangkan masa bertanyakan khabar balu, kedua ibu bapa dan dua adik arwah sebelum mengurniakan sumbangan peribadi kepada Siti Aisyah.

Lawatan itu turut disertai Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Untuk rekod, jnazah Allahyarham Mohammad Amirulfaris selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Senawang pada Khamis.

Dalam insiden jam 9.32 pagi pada hari Selasa dua helikopter iaitu Pesawat HOM (M503-3) membawa empat kru dan tiga penumpang dan Pesawat Fennec dinaiki tiga kru terhempas selepas bergesel di udara.

Sumber:Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *