Pelakon Raja Farah Selamat Melahirkan Anak Keempat, Mohon Doa Urusan Berpantang Dipermudah

Raja Farah telah selamat melahirkan cahaya mata keempat pada Ahad.

Menerusi perkongsian di Ig, Raja Farah bersalin secara normal pada pukul 1.05 petang, semalam.

Syukur Alhamdulillah. Saya selamat melahirkan bayi perempuan semalam. 9 Jun 2024. 1.05 petang. Bersalin normal.

Syukur Ya Allah. Keluarga kami dah berenam sekarang. Doakan urusan saya berpantang dipermudahkan.

Dalam pada itu, dia turut memohon doa agar urusan berpantangnya dipermudahkan.

Untuk rekod, Raja Farah dan suami yang merupakan ahli perniagaan, Iskandar Ismail mendirikan rumah tangga pada 6 September 2015.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Imran Iskandar, Ilham Iskandar dan Intan Iskandar.

Sumber:OhBulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *