Cico Hadap derita masal4h jantung, masuk wad akibat kaki bengkak

Cico Harahap dilaporkan menghidap masalah jantung sehingga terpaksa dimasukkan ke wad di Hspital Ampang Selangor akhir Ramadan lalu.

Penyanyi Salimey Abu Bakar yang juga sahabat Cico memaklumkan aktor itu dimasukkan ke hspital berkenaan masalah tersebut sehingga memberi kesan kepada bahagian kakinya yang membengkak.

Salimey yang berkongsi perkembangan Cico atau Ezzaq Fartouq Harahap Jamaludin, 47, di Facebook miliknya sempat merakamkan foto terbaharunya yang kelihatan semakin baik dan mampu tersenyum.

“Penghujung Ramadan melawat sahabat 20 tahun yang sudah lama tak jumpa, akhirnya jumpa di sini (hospital).

“Cico sakit jantung kaki membengkak. Semoga kau cepat sihat bro,” katanya.

Salimey berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Facebook miliknya.

Sebelum ini, Cico didakwa pernah mengalami penyakit misteri sejak beberapa tahun lalu sehingga memberi kesan kepada kesihatannya.

Pada 2016, Cico mengalami masalah kesihatan yang serius selepas diracun oleh rakan-rakannya ketika menghadiri sebuah majlis sambutan hari jadi salah seorang kenalannya.

Susulan itu, pelakon berkenaan sudah tidak lagi aktif bergiat dalam dunia hiburan akibat kejadian itu.

Cico sebelum ini pernah popular menerusi beberapa buah filem termasuk Puteri Impian, Mistil, Kuliah Cinta dan banyak lagi.

Sumber:Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *