“Mama Tak Balik Lagi Ke?” Anak Jururawat Tercari-Cari Ibu , Anggap Masih Di Tempat Kerja.

Kedua-dua anak kepada jururawat, Munirah Abu Bakar, 31, yang m4ut ditikam suami di Jalan Padang Nyu, Arau, Perlis pada Sabtu lalu masih belum mengetahui tragedi sebenar menimpa ibu mereka.

Memetik laporan Utusan Malaysia, kakak mngsa Melati Abu Bakar, 39, yang menjaga anak mngsa berusia lapan dan enam tahun itu sudah memberitahu perkara sebenar apabila jnazah dibawa pulang untuk dikebum1kan semalam.

“Anak sulung arwh ada tertanya-tanya juga mana mama? Mama tak balik kerja lagi ke? Mereka masih beranggapan mama mereka masih di tempat kerja,” katanya.

Melati bersama bapa Abu Bakar Senapi, 64, hadir ke Hspital Sultanah Bahiyah (HSB) pagi semalam untuk proses pengecaman m4yat ke atas Allahy4rhamah sebelum proses bedah siasat bermula.

Melati berkata, keluarga mereka masih terkejut dengan berita tersebut namun reda dengan takdir malah sudah memaafkan susp3k yang dianggap seperti keluarga sendiri selain menyerahkan segalanya kepada keputusan mahk4mah.

Malah, keluarga mereka belum memutuskan tentang hak penjagaan anak pasangan tersebut memandangkan kejadian itu berlaku secara tiba-tiba.

Dalam pada itu, menurut laporan Kosmo pula, rakan baik mngsa iaitu Rosima Dollah, 31, memberitahu Allahy4rhamah pernah menyuarakan hasrat untuk berpisah dengan suaminya namun membatalkannya demi anak-anak.

“Arwh pernah menyuarakan perkara itu (berpisah) namun tak jadi kerana memikirkan anak-anaknya yang masih kecil, malah ketika berbual semalam arwh ada beritahu bahawa dia akan ke pejabat agama esok untuk menguruskan hal itu.

“Saya tidak bertanya panjang-panjang kerana saya tahu arwh menyembunyikan sesuatu dan dia enggan beritahu saya,” ujarnya.

Sementara itu, pemergian 

arwh diselubungi dengan kesedihan daripada rakan serta kenalan yang turut meninggalkan ucapan takziah dan masih terkejut dengan berita menyayat hati.

Jnazah Allahy4rhamah Munirah Abu Bakar, 31, telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Keluarga Haji Talib, Kampung Paya Tengah, Perlis.

Sumber:OMM , Hm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *