Malim gunung seret, bergilir-gilir dukung pendaki Malaysia keluar ‘zon m4ut’ Everest – “Kami balut dengan sleeping mat”
SEORANG pendaki Malaysia terselamat daripada ajal selepas malim gunung atau sherpa dari Nepal berjaya membantu membawa keluar m4ngsa yang terkandas di ‘zon m4ut’ di Gunung Everest pada 18 Mei lalu.
Pada ketika itu Gelje Sherpa, 30, sedang membawa se0rang pendaki China ke puncak Everest setinggi 8,849meter (m) sebelum dia melihat seorang pendaki Malaysia sedang berpaut pada tali, begitu hampir dengan kem4tian.
Dia dilihat menggigil kerana cuaca sejuk melampau di lokasi dikenali sebagai ‘zon m4ut’ di mana suhu boleh jatuh ke bawah takat beku iaitu -30 darjah celcius atau lebih rendah.
Gelje menarik pendaki Malaysia itu sejauh 600m menuruni kawasan Balcony ke South Col untuk tempoh kira-kira enam jam sebelum se0rang lagi sherpa, Nima Tahi turut sama menghulurkan bantuan.
“Kami membalut pendaki itu dengan sleeping mat (tikar tidur), menyeretnya di atas salji atau ada kalanya menggalas m4ngsa secara bergilir ke Kem III,” katanya.
Sebuah helikopter kemudiannya tiba bagi membawa mangsa dari Kem III setinggi 7,162 meter untuk diangkut turun ke ‘base camp’.
“Ia adalah hampir mustahil untuk menyelamatkan pendaki pada ketinggian seperti itu.
“Ia satu operasi yang jarang dilakukan,” kata Bigyan Koirala, seorang pegawai Jabatan Pelancongan.
Gelje berkata, dia turut meyakinkan pendaki China yang dibawanya untuk tidak meneruskan perjalanan ke puncak kerana baginya misi menyelamatkan mangsa adalah lebih penting.
“Menyelamatkan nyawa adalah lebih penting daripada segala-galanya,” kata Gelje.
Tashi Lakhpa Sherpa dari syarikat Seven Summit Treks yang memberi khidmat logistik kepada pendaki Malaysia itu bagaimanapun enggan menamakan mangsa atas dasar privasi.
Pendaki itu sudah dibawa pulang ke Malaysia minggu lalu.
Nepal dilaporkan mengeluarkan 478 permit untuk mendaki Everest ketika musim pendakian pada Mac hingga Mei.
Sekurang-kurangnya 12 pendaki dilaporkan meninggal dunia iaitu jumlah tertinggi yang direkodkan selama lapan tahun, manakala lima lagi masih hilang di gunung itu. – The Star
Sumbar; Mstar