Makcik Kemboja Berbaju Merah Hadir Ke M4hkamah , Tangan Digari . Dua Beranak Mengaku Tidak Bersalah Kes Hin4 Melayu

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata bvruk padahnya.

Usahawan k0ntroversi Mariyah Yaakob atau Makcik Kemboja tiba di Kompleks Mahk4mah Ayer Keroh, Melaka, kira-kira pukul 9 pagi Khamis.

Mariyah, 47, bersama anak lelakinya Ezuan Hafsham Mohd Hisyam, 22, dibawa dalam keadaan bergari bagi menghadapi pertuduh4n membuat kenyataan dan memulakan komunikasi jelik dengan menghina orang di media sosi4l, bulan lalu.

Bagaimanapun menerusi prosiding di Mahkamah Sesyen di hadapan Hakim Mohd. Sabri Ismail, Mariah mengaku tidak bersalah setelah pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa m4hkamah.

Mariyah dituduh mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapikan mana-mana golongan atau kaum.

Ia memperuntukan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Sementara itu anaknya Ezuan Hafsham yang juga Pengarah Mariyah Holding akan dituduh mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1908 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama.

Mengikut pertuduh4n Ezuan didakwa secara sedar menggunakan perkhidmatan aplikasi TikT0k dengan membuat dan memulakan 

penghantaran komunikasi video yang memaparkan satu perempuan iaitu ibunya mengatakan sesuatu yang jelik sifatnya dengan niat yang mungkin mengapikan kaum Melayu.

Sabit kesalahan dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga setahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya dan hendaklah didend4 selanjutnya RM1,000 setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Mahkamah membenarkan Mariyah dijamin sebanyak RM15,000, manakala anaknya RM10,000 dan menetapkan tarikh 12 Januari sebagai sebutan semula bagi kedua-dua kes.

Untuk rekod, Mariyah yang juga pemilik syarikat jahitan pukal Mariyah Holdings Sdn Bhd mencetuskan kontroversi pada bulan lalu apabila dia mend4kwa orang Melayu bersikap pemalas.

Video keceluparan Mariyah turut tular sehingga dia berdepan ancaman boikot dan dikecam teruk net1zen.

Sumber:Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *