Makcik Dodoi Popular Dalam Sekelip Mata , Kini Mak Online Rakyat Malaysia . Anak Tak Cemburu Nak Datang Rumah Pun Boleh.

Video seorang wrga emas yang sedang berzikir seperti ibu mendodoikan bayi meraih 10 juta tontonan di aplikasi TikT0k.

Video tular itu menyebabkan peniaga kedai runcit, Che Mas Mat Yusof, 65, meraih populariti luar biasa sehingga digelar ‘makcik dodoi’.

Makcik dodoi mempunyai enam anak dan 11 cucu.

Anak kepada warga emas itu, Noraini Che Kamaludin, 39, berkata dia tidak pernah menyangka ibunya yang menetap di Bera, Pahang, kini terkenal di seluruh Malaysia.

“Saya tahu mak saya ada akaun TikT0k. Cucu dia yang daftarkan akaun TikT0k tahun lepas. Saya juga tahu dia buat video selawat di TikTok, tak sangka pula jadi vir4l.

“Saya tengok makin lama makin naik views. Ramai juga yang buat content guna suara mak saya. Sekarang ramai netizen panggil mak saya sebagai ‘mak online’ mereka.

Ramai juga yang minta saya kirim salam dekat mak. Mereka kata terubat rindu pada arwh ibu selepas tonton video mak saya.

“Sebagaimana mak dodoi dalam video TikT0k, begitulah juga cara dia dodoi enam anak dan 11 cucu. Personaliti dia ceria. Kat luar dan dalam video sama saja,” ujarnya kepada mStar.

Menurut Noraini lagi, dia juga terbuka sekiranya ada mana-mana individu mahu menziarahi kediaman mereka selepas ibunya mula dikenali ramai.

“Mak pun tahu video dia dah viral di TikT0k. Dia sendiri tak sangka jadi macam ni. Tapi mak okay, dia gelak-gelak je.

“Ramai juga yang minta saya kirim salam dekat mak. Mereka kata terubat rindu pada arwh ibu selepas tonton video mak saya. Alhamdulillah, semua komen p0sitif.

“Jika ada yang nak datang ziarah, apa salahnya. Dan setakat ini, memang ada yang dekat-dekat dah datang melawat mak saya, mereka siap buat video lagi,” dedah Noraini lagi.

Bercerita mengenai keluarganya, Noraini berkata kedua-dua ibu bapanya berasal dari Kelantan, namun mereka kini menetap di Pahang.

“Dah 40 tahun mak ayah berniaga kedai runcit. Mereka asal Kelantan, tapi pindah ke Pahang untuk masuk tanah rancangan Felda suatu masa dulu.

“Mak dan ayah ada dua kedai runcit yang berdekatan, kini mereka dibantu oleh adik nombor lima dan adik bongsu saya. Saya pula dah kahwin dan menetap di Shah Alam, Selangor.

“Alhamdulillah, mak masih sihat walafiat sampai hari ni. Setiap hari dia buka kedai runcit seawal 6.30 pagi. Ayah juga masih sihat, cuma ada diebetes,” ceritanya lagi.

Untuk rekod, akaun TikTok milik warga emas itu kini mempunyai hampir 60,000 pengikut.

Malah, video-video yang dikongsi turut mencecah jutaan atau ratusan ribu tontonan selain dibanjiri dengan komen-komen positif net1zen.

Sumber:HM