Makcik Cleaner ‘Dibuang’ Selepas Berkorb4n , Berhenti Belajar Sebab Mak Ayah Miskin , Adik Beradik Kerja Hebat Lupa Daratan

Ramai netiz3n bersimpati terhadap se0rang wanita yang mend4kwa dirinya dipinggirkan oleh adik-beradik sendiri selepas bertahun-tahun menjadi tulang belakang keluarga.

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh pakar motivasi Ustaz Afiq Syazwan, wanita itu dikatakan memilih untuk berhenti sekolah bagi membantu ibu bapanya yang berdepan masal4h kewangan.

Malah, dia juga sanggup memberi laluan untuk adik-adiknya mendapat peluang pendidikan, namun kesemua mereka did4kwa lupa diri selepas berjaya mendapat kerjaya dengan gaji lumayan.

“Satu hari saya jumpa dengan seorang makcik ni di pasar raya, bekerja menyampu sampah. Bila santuni, makcik kata dia ada adik-beradik ramai. Dia anak sulung. Tapi Allah uji makcik.

“Bila makcik belajar dulu, mak ayah susah, tak ada duit. Makcik tak sambung belajar, kerja bagi duit kat mak ayah untuk hantar adik-beradik lain belajar.

“Alhamdulillah, semua adik-beradik dia berjaya, kecuali dia. Yang lain semua pegawai, hebat-hebat. Dia kata (adik-beradik) tak berapa nak boleh tumpang sangat,” imbas Ustaz Afiq.

Orang yang paling afdal kita tolong adalah kaum kerabat, adik-beradik kita.

Meskipun kisah itu tidak diceritakan secara terperinci, ia tetap menjentik hati ramai netizen sehingga meraih lebih setengah juta tontonan di aplikasi TikTok.

Dalam perkongsian sama, Ustaz Afiq yang juga penulis buku sempat memberi pesanan kepada netizen agar menjadikan kisah ini sebagai iktibar dan tidak sesekali meminggirkan adik-beradik sendiri walaupun sudah hidup selesa.

“Yang ni saya nak tegur sahabat-sahabat sekalian. Yang mana ada adik-beradik ramai, kalau kita Allah rezekikan rezeki yang lebih, banyak berbanding adik-beradik yang lain, tolong tengok dapur adik-beradik kita.

“Tolong tengok poket adik-beradik kita ada duit ke tak, tolong tengok anak-anak mereka ada duit ke tak, anak mereka nak pergi sekolah, nak masuk universiti. Apa yang kita boleh bantu?” ujarnya.

Menurut Ustaz Shafiq lagi, wujud situasi dalam dunia hari ini yang mana segelintir individu lebih mendahulukan orang luar sebelum membantu ahli keluarga sendiri yang sedang berdepan masalah kewangan.

“Kita ni terbalik hari ni bila senang, sibuk nak bantu (orang) luar daripada keluarga. Tak salah, cuma tengok keluarga terlebih dahulu. Orang yang paling afdal kita tolong adalah kaum kerabat, adik-beradik kita.

“Dulu kita hidup sama-sama, masa kecil membesar sehingga ke hari ni, bila kita dah kahwin, masing-masing bawa haluan,” katanya.

Tambah Ustaz Afiq, ada individu bersikap lepas tangan dan membiarkan adik-beradik yang kurang berjaya untuk terus menetap di kampung dan ditugaskan menjaga ibu bapa yang sedang meniti hari tua.

“Ada yang kata, adik saya malas belajar, sebab tu kerja kampung. Saya jawab, mujur Allah takdirkan dia kerja kampung, kalau tak siapa nak jaga mak kat rumah? Awak semua di luar negeri, harapkan yang tak lepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tu jaga mak siang malam.

Bantulah adik-beradik kita yang susah agar mereka dapat menikmati kehidupan yang lebih baik. -Gambar hiasan

“Yang kita rasa tak berguna tu la boleh bawa mak ke hospital. Nakal-nakal dia pun, boleh jaga mak ayah kita. Kita ni, kerja besar tapi tiada peluang macam dia. Patutnya kita hantarlah duit dekat dia. Terima kasih jaga mak, pakat-pakat bagi.

“Sebab itu kalau kita berjaya, jangan sombong. Mungkin kejayaan itu kita nikmati di atas hasil pengorbanan adik-beradik kita yang lain. Kita tak tahu. Sebab tu kena tengok adik-beradik kita, bantu yang mana patut,” pesannya lagi.

Ustaz Afiq turut mencadangkan kewujudan tabung keluarga, bertujuan membantu adik-beradik yang menghadapi masalah kewangan.

“Kalau boleh buat tabung keluarga. Bila ada yang susah, ambil je, jangan berkira. Kita buat kerana Allah. Kalau semua sepakat, InsyaAllah adik-beradik yang susah akan cukup keperluannya,” ujarnya lagi.

Sumber:HM