Mak Pun Tak Nak Kalah , Ibu Dan Anak Perempuan Ini Bersalin Hari Sama , Tetamu Majlis Cukur Jambul Sangka Bayi Kembar.

Majlis cukur jambul bagi dua orang bayi di sebuah rumah di Meru di Klang, Selangor mencuri perhatian ramai gara-gara disangka pasangan kembar.

Namun sangkaan itu meleset kerana mereka sebenarnya adalah anak dan cucu kepada seorang wanita.

Sangat jarang berlaku, kedua-duanya bukan sahaja sebaya tetapi lahir pada hari yang sama.

Mengimbas kembali tentang kisah keluarga, Nooraida Sohaimi berkata, pada mulanya anak perempuannya, Nurul Nazatul Shahira Mohd Jasni, 23, berkongsi berita gembira mengenai kehamilan anak sulung.

Wanita berusia 43 tahun itu kemudian mendedahkan dia juga lambat datang bulan dan terdetik hati untuk melakukan pemeriksaan menggunakan kit ujian kehamilan.

Gelagat dua beranak ketika sama-sama h4mil.

“Kebetulan anak bawa ekstra kit untuk saya test, dan terkejut apabila mendapati saya p0sitif hamil. Jarak dua berita gembira itu kira-kira lebih seminggu.

“Bayangkan masa tu pukul 3 pagi, saya dan anak terkejut. Saya rasa nak gelak ada, dan menangis pun ye juga sebab tak percaya ketika.

“Maklumlah anak saya yang last masa tu berusia 13 tahun. Jadi, saya tak sangka akan dapat baby lagi dan siapa nak jaga siapa nanti semasa berpantang?” katanya ketika dihubungi mStar.

Bayi yang baru lahir pada 20 April 2023.

Lebih dikenali sebagai Ida Jasni, katanya, sepanjang tempoh kehamilan, dia bersama anak sulung daripada tiga beradik itu banyak melakukan aktiviti bersama.

“Pergi buat pemeriksaan d0ktor bersama. Saya mengidam bubur lambuk masakan ibu di kampung, manakala anak teringin masakan ketam di Melaka. Kami sekeluarga pergi bersama-sama,” ujarnya yang berasal dari Terengganu.

Mengulas lanjut, katanya anak perempuannya bersalin secara normal pada minggu ke-39, manakala dia sendiri pula bersalin pada minggu ke36 melalui pembed4han caesar.

“Paras gula dalam darah untuk kencing manis terlalu tinggi menyebabkan doktor menyarankan saya bersalin awal pada 36 minggu secara induce.

“Sudahnya saya bersalin pada 11.32 pagi dan anak perempuan saya melahirkan anak sulungnya pada 4.01 petang pada 20 April lalu di Hospital Umra di Shah Alam,” katanya.

Sementara itu anak sulungnya, Nurul Nazatul atau mesra disapa Naz bersyukur kerana dia dan ibu bersama sewaktu tempoh berpantang dengan bantuan suami, bapa dan adik perempuannya.

“Tak susah nak jaga anak dan adik sebab mereka kurang meragam cuma mencabar apabila seorang tidur, seorang lagi akan terjaga.

Sewaktu saya dan anak sedang hamil orang kata macam kakak dan adik.

“Jadi, kami tak cukup masa untuk rehat. Saya jaga dari pagi, mak pula sambung petang selepas habis berniaga,” katanya yang menjalankan bisnes sabun secara dalam talian dan ibunya mengusahakan restoran.

Mengenai majlis cukur jambul, Ida Jasni dan anak perempuanya berasa lucu apabila ramai yang hadir menyangka kedua-dua bayi adalah kembar kerana wajah yang hampir sama.

“Mungkin persamaan dari segi muka. Tapi anak saya kalau menangis kuat dan cucu menangis lebih perlahan. Kami katakan ‘pakcik’ (anak) keluar dulu, kemudian baru anak buah (cucu).

“Kalau sewaktu saya dan anak sedang hamil orang kata macam kakak dan adik, mungkin nanti anak dan cucu saya pula juga seperti adik-beradik.

“Nak sambut birthday sama-sama, hantar ke sekolah yang sama. Alhamdulillah, saya diberi kekuatan untuk menjaga anak dan cucu pada usia begini,” katanya lagi.

Sumber:hm