Majed Saleh selamat jalani pembed4han pasang perentak jantung, sempat fikir kerja dalam keadaan sakit
PELAKON dan pengarah Majed Saleh, 65, selamat menjalani pembedahan memasukkan perentak jantung bagi menguatkan organ itu di Hospital Serdang, Selangor pada Rabu lalu.
Berkongsi keadaan terkininya, isteri kepada Majed iaitu Nur Shida Mohd Zikir, 42, memberitahu suaminya itu masih berada di hospital bagi tujuan pemantauan sebelum dibenarkan pulang.
“Allhamdulillah… dia telah selamat jalani pembedahan. Keadaan dia juga semakin baik. Dia boleh bercakap dan tidur dengan baik. Tid4k lagi mengalami sesak nafas seperti sebelum ini.
Majed lebih bersemangat dan sihat selepas pembedahan.
“Sekarang (Sabtu) dia masih di h0spital bagi tujuan pemantauan. Doktor nak lihat dahulu fungsi alat berkenaan terhadap badan agar berfungsi dengan baik,” katanya ketika dihubungi mStar.
Menurut Shida suaminya itu sekali lagi dimasukkan ke H0spital Selayang kira-kira dua minggu lalu selepas mengadu sakit dada selain keadaannya lebih teruk berbanding sebelum ini.
Atas nasihat doktor, pembedahan tersebut perlu dilakukan segera dan dia dipindahkan ke Hospital Serdang bagi prosedur berkenaan.
“Selepas terkena serangan teruk pada Mei lalu dia sekali lagi mengadu sakit. Jadi saya terus bawa ke hospital. Doktor maklumkan perlu jalani pembedahan segera.
“Syukur dengan bantuan sebuah badan bukan kerajaan (NGO), kami dapat kumpul dana untuk meneruskan pembedahan dengan kos RM75,000. Kos tersebut tinggi disebabkan ada tiga saluran tersumbat,” ujarnya.
Pada Mei lalu, mStar melaporkan keadaan keadaan jantung Majed yang lemah dan hanya berfungsi sebanyak 25 peratus.
Pembedahan memasukkan perentak adalah langkah terbaik memandangkan faktor usia jika dia mahu melakukan prosedur lain seperti stent atau pintasan jantung.
Tambah Shida meskipun dalam keadaan kurang sihat, Majed masih sempat memikirkan hal kerja dan tidak sabar untuk menyiapkan tugasan menulis skrip.
Majed berharap dapat kembali bekerja seperti biasa.
“Walau dah selamat jalani pembedahan saya pun risau keadaan dirinya. Dia se0rang yang banyak cakap dan ramah melayan jika di ajak berbual.
“Dalam keadaan sakit pun dia masih fikirkan soal kerja yang tertangguh. Katanya tak sabar nak siapkan semua kerja,” kongsinya.
Sumbar; Mstar