Mahu tunaikan haji tahun 2025, 2 lelaki sudah mula jalan kaki dari Perak menuju ke Mekkah
Dua orang lelaki sudah mula jalan kaki dari Perak ke Mekah bagi merealisasikan impian mereka mahu tunai haji tahun 2025.
Menerusi hantaran di akaun TikT0k Bukhariellia, dia dan seorang lagi individu dikenali sebagai Azizul sudah memulakan perjalanan dari di Masjid Jamek Kampung Changkat Lobak, Bagan Serai, Perak pada 1 Disember 2024.
Difahamkan, pada hari pertama, Bukhari dan Azizul sudah melakukan perjalanan sejauh 38km Kampung Changkat Lobak ke Parit Buntar sebelum mengambil keputusan untuk bermalam di sebuah masjid disana.
Dia yang sentiasa berkongsi momen pengembaraan tersebut menyatakan akan meneruskan perjalanan ke Bukit Mertajam pada hari kedua dengan jarak 31km dari Parit Buntar dan seterusnya menuju ke Mekah.
Akan kongsi perjalanan mahu tunai haji tahun 2025 di TikT0k
Bukhari juga menyatakan akan memuat naik perkembangan terkini dari semasa ke semasa untuk di akaun TikT0k miliknya sehingga sampai ke Tanah Suci nanti.
Semoga segala urusannya dipermudah
Perkongsian yang dibuat oleh individu berkenaan telah mendapat pelbagai respon daripada netizen di media sosi4l yang kebanyakkannya mendoakan agar urusannya dipermudah.
Mereka juga berharap impian kedua-dua mereka terlaksana bagi menjalankan pengembaraan dengan berjalan kaki bagi menyempurnakan rukun Islam yang kelima.
Sekadar info, perjalanan untuk ke Tanah Suci dari Malaysia sekitar hampir 10,000km.
Perjalanan dengan menggunakan jalan darat sememangnya bukan mustahil kerana sebelum ini ramai yang telah berjaya sampai ke sana tanpa menaiki pesawat memandangkan laluan ke Tanah Suci tidak dipisahkan dengan lautan.
Sumber: HM