Mahu Sambut Di Mekah , Siti Nurhaliza Bawa Anak-Anak Tunai Umrah “Impian Hari Lahir Ke 45 Tahun”

Sempena ulangtahun kelahirannya yang ke-45 tahun hari ini, penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza memilih untuk menyambutnya di Tanah Suci Mekah bersama ahli keluarga.

Menerusi Insta Storynya, Dato’ Siti berkongsi video sedang dalam perjalanan untuk menunaikan umrah bersama-sama ibunda tersayang, anak-anak dan mak mertua serta turut serta suami kesayangannya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa.

Tambah Siti lagi, ia menjadi impiannya sejak dulu yang mahu turut sama meraikan hari lahirnya bersama hari lahirnya ibunya pada Disember lalu.

“Perasaan rindu memanggil-manggil ke sana (Makkah). Terfikir segala persediaan sudah cukup. Inilah impian saya untuk sambut hari lahir di sana. Minta izin suami dan beliau benarkan.

“Kebetulan hari lahir ibu saya Disember lalu, ini ibarat hadiah untuknya di samping ibu mertua serta anak-anak. Itu impian 45 tahun hari lahir. Alhamdulillah, ALLAH permudahkan.

“Doa yang terbaik terutama kesihatan kerana ia amat bermakna, semoga ALLAH berikan istiqamah dan perbaiki keimanan serta diri.

“Selain itu, kepada anak-anak semoga ditakdirkan yang baik-baik untuk mereka. Itu sahajalah doa mak-mak, kan,” katanya.

Sumber:hm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *