Mahu Hantar Bilal Ke Sekolah Minggu Depan Tapi Tak Boleh Akses CCTV Di Sekolah , Neelofa Luah Rasa Bimbang.
Usahawan berjaya dan pengacara, Neelofa melu4hkan rasa kebimbangannya bila mana bakal menghantar anak sulungnya, Muhammad Bilal ke playschool minggu hadapan.
Kongsi Neelofa melalui Insta Storynya, dia mula bimbang bila mana sekolah yang dipilihnya bersama suami itu tidak memberi kebenaran untuk ibu bapa melihat setiap pergerakan dan aktiviti anak sepanjang di sekolah.
Ujar Neelofa lagi, lebih kecewa lagi bila mana ada sesetengah sekolah yang membenarkan ibu bapa melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang boleh diakses dari rumah untuk memantau anak mereka. Dan keadaan ini pastinya melegakan ibu ayah.
“Minggu depan Bilal akan mula pra sekolah dan saya ada bertanya kepada pihak sekolah sama ada ibu bapa boleh akses CCTV atau tidak.
“Salah seorang rakan saya berkongsi bahawa semua ibu bapa di sekolah anaknya boleh mengakses CCTV pada bila-bila masa.
“Sayangnya, sekolah yang saya rancang untuk hantar Bilal tak benarkan ibu bapa melihat CCTV mereka,” luahnya yang kes4l dengan situasi itu.
Muhammad Bilal, anak sulung pasangan selebriti ini yang dilahirkan pada 29 Januari 2022 kini sudah semakin membesar dan menghantar anak comel ini ke playschool bagi mended4hkannya dengan persekitaran dan kawan-kawan.
Terdahulu, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata lelaki Muhammad Bilal, Abdullah Abbas kini berusia dua bulan.
Sumber:Hm