DJ Lin ke Makkah 10 Syawal, bawa semua ahli keluarga kerjakan umrah

DJ Lin bakal berangkat ke Tanah Suci Makkah bagi mengerjakan umrah bersama ahli keluarga pada 10 Syawal ini.

DJ Lin atau Roslinda Abdul Majid, 49, berkata, dia teruja dapat ke sana kerana ini adalah kali pertama dia melakukan umrah ketika umat Islam menyambut Syawal.

“Insya-Allah pada 10 Syawal saya akan mengerjakan umrah bersama 14 orang ahli keluarga.

“Alhamdulillah ini umrah saya yang keempat tetapi kali pertama saya pergi ketika bulan Syawal.

“Sebelum ini pernah dapat peluang ke sana ketika bulan Ramadan dan merasai kenikmatan berpuasa di sana,” katanya

Berkongsi mengenai doa yang bakal dipanjatkan di sana, DJ Lin memberitahu semua kaki tangan di Suria FM akan sentiasa berada dalam doa dan ingatannya.

Katanya, dia berharap agar anak-anak buahnya di stesen radio berkenaan akan terus berusaha memberikan yang terbaik kepada pendengar.

“Doa utama yang dipohon agar saya diberikan kekuatan dan kesabaran bukan sahaja untuk saya tetapi untuk anak-anak buah saya di Suria FM juga.

“Saya mendoakan agar semua di Suria FM dapat terus fokus membuat yang terbaik demi hiburkan pendengar setia dan peminat kami.

“Saya anggap Suria FM ini sebagai nyawa saya, bukti sayangnya saya kepada Suria FM,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, DJ Lin memberitahu Suria FM akan meneruskan kempen Raikan Yang Dirai sepanjang Syawal ini.

Ini termasuk penerbitan Drama Raya Suria berjudul Suami Raya bersama rakan-rakan penyampai lain termasuk Cik Piah, Sharifah Shahirah, Ajak, Kai Hassan dan Datuk Fizz Fairuz.

Sumber:Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *