“Letih Buat Kerja Bod0h” Pereka Fesyen Kelantan Buat Hal , Gigih Cabut Bendera Tepi Jalan.

Sejak tirai kempen bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri dibuka 29 Julai lalu, penyokong parti-parti p0litik tanah air tampil dengan pelbagai idea kreatif untuk berkempen.

Antara yang mencuri tumpuan tentunya pereka fesyen kelahiran Kelantan, Muhamad Zulwafi Ahmad Rosli, 28, yang menghasilkan enam busana menggunakan bendera Pas, Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).

Senang disapa Wafi, graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu berkata dia sanggup bersengkang mata selama 12 hari bagi menyempurnakan enam busana rekaan sendiri yang diinspirasikan daripada karya dari Hollywood.

Filem Maleficent turut menjadi inspirasi dalam penghasilan busana Wafi.

“Saya hasilkan enam busana lelaki dan wanita dalam masa 12 hari. Jadual saya terlalu padat. Kalau masa lagi panjang, mungkin lagi banyak busana yang boleh saya hasilkan. Di kawasan rumah, habis ‘botak’ bendera yang dipasang.

“Saya ambil jadikan busana. Rasa macam nak habis nyawa, letih buat kerja bodoh. Filem Barbie dan Maleficent menjadi inspirasi rekaan. Saya juga mengambil inspirasi daripada video muzik Paint The Town Red oleh penyanyi Doja Cat,” ujarnya kepada mStar.

Menurut Wafi yang menetap di Tanah Merah, dia juga tidak terlepas menerima kecaman netizen gara-gara menggayakan busana wanita menerusi video-video di laman TikTok.

Sejak viral saya juga terima banyak job menjahit baju cosplay, baju kartun dan anime.

Namun kata Wafi, dia tidak ambil hati dengan kata-kata netizen dan menganggap ia sebagai lumrah biasa yang perlu dilalui bagi individu yang aktif berkongsi karya di media sosial.

“Ia sekadar masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Saya tak sempat nak baca semua komen. Hanya fokus untuk siapkan rekaan.

“Ada juga yang kata saya tak hormati bendera. Kita chill saja. Serius sangat nak pergi mana? Tapi sejak viral, saya juga terima banyak job menjahit baju cosplay, baju kartun dan anime.

“Tempahan jahitan baju-baju biasa pun tetap berjalan. Alhamdulillah, ramai pelanggan baru selepas viral,” ujarnya lagi.

Menurut Wafi, dia tidak gentar melihat individu lain turut menghasilkan busana bendera semasa musim mengundi dan menyifatkan ia sebagai satu persaingan yang sihat.

“Saya juga tengok karya-karya orang. Tahun ini nampaknya ada saingan. Tapi ramai yang kata saya lebih ‘meletup’. Saya seronok tengok sebenarnya.

“Lagi pun kempen kali ini nampak agak ‘sendu’, macam tak ramai yang balik mengundi. Tak begitu meriah berbanding sebelum ini,” ujar Wafi lagi.

Untuk rekod, Wafi turut menghasilkan dua pasang gaun yang diperbuat daripada bendera BN dan PAS ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada November tahun lalu.

Wafi pertama kali mendapat liputan mStar ketika dia menghasilkan busana menggunakan bendera parti politik menerusi PRU14 pada tahun 2018.

Sebagai makluman negeri yang terlibat dalam PRN kali ini ialah Selangor, Pulau Pinang, Terengganu, Kedah, Kelantan dan Negeri Sembilan membabitkan sebanyak 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sumber:mstar