Lelaki Tua Tak Dikenali Tegur Di Majid , Minta Amalkan Yasin 7 Mubin . Pemuda Akhirnya Dapat Petunjuk Punca Hidup Diuji Musib4h

Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian.

Kata-kata tersebut sentiasa meniti di bibir Haikal Zainal apabila terdapat rakan taulan datang berkongsikan masalah dialami.

Malah dia sendiri berpegang pada pesanan terakhir arwh ayahnya itu ketika berhadapan kesukaran sebelum ini.

Berkongsi cerita, Haikal menyatakan sesiapa yang mengenalinya pada masa ini pasti tidak akan percaya perjalanan hidup yang terpaksa ditempuhi pada sekitar tahun 2022.

“Bermula dengan tayar motor pancit pada penghujung November 2021, kehidupan aku tidak lekang daripada pelbagai masalah.

“Masa tu aku kerja sebagai office boy di sebuah syarikat guaman terkenal di Ipoh (Perak). Selang seminggu selepas insiden tayar pancit, aku terlibat dengan kemalangan yang membuatkan kaki aku patah.

“Selama tiga bulan kaki aku disimen sebab kecederaan berlaku di pangkal paha dan berhampiran tulang pinggul,” imbaunya.

Kecederaan yang dialami itu membuatkan dia pulang ke kampung halaman di Sungai Siput bagi melakukan rawatan tradisional.

Malah katanya, ia dilakukan atas desakan ibu yang bimbang dan sedih melihat keadaannya yang tidak terurus.

Selepas beberapa minggu melakukan rawatan, dia kembali semula ke Ipoh.

Dalam keadaan sukar, dia diduga dengan kecurangan isteri tersayang.

“Mungkin dia bosan hidup susah dengan aku, lagipun kekasih dia mampu sediakan segalanya kalau dibandingkan dengan aku.

“Kami pun belum ada anak walaupun sudah empat tahun berkahwin. Jadi aku lepaskan dia demi kesenangan serta kebahagiaannya,” katanya sayu.

Kesihatan diri yang masih belum baik sepenuhnya membataskan pergerakan sehingga akhirnya dia ditegur oleh majikan.

Susulan daripada itu, dia mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan mula berniaga air di tepi jalan.

Permulaan perniagaannya baik sehinggalah satu hari dia tiba-tiba muntah dar4h di tapak niaga.

“Bayangkan masa pelanggan tengah ramai, aku tiba-tiba muntah darah. Habis baju kuning yang aku pakai penuh dengan kesan darah.

“Pelanggan yang panik terus hubungi ambulans, kedai aku terbiar begitu saja selama beberapa hari… sepanjang aku dirawat di hospital.

“Disebabkan keputusan ujian darah aku normal dan tidak menunjukkan sebarang penyakit, aku akhirnya keluar. Aku terus ke tapak niaga bagi membersihkan apa yang patut sebelum kembali berniaga,” katanya.

Menurut Haikal, sepanjang tempoh dia kembali berniaga, jualannya tidak pernah habis.

Paling menyedihkan apabila hanya dua atau tiga bungkus air sahaja yang terjual setiap hari sehingga dia tidak dapat membuat pusingan modal.

“Setiap hari aku menangis sebab tak tahu nak buat macam mana. Satu per satu masalah menimpa aku, kaki pula belum pulih sepenuhnya. Aku tak boleh duduk lama atas motor untuk jadi rider.

“Aku malu nak minta tolong mak walaupun setiap hari dia telefon tanya keadaan aku,” luahnya yang terpaksa berhenti berniaga sementara waktu.

Situasi yang dialami membuatkan Haikal banyak menghabiskan masa di masjid berhampiran rumahnya.

“Suatu hari, aku didatangi seorang pakcik yang belum pernah aku nampak sepanjang aku solat di masjid ni. Bukan sahaja disapa, dia minta aku amalkan Yasin tujuh mubin setiap hari.

“Aku pun mula buat dan ikut apa yang diajar sehinggalah hari ketujuh aku lakukan, aku bermimpi yang diri aku terkena santau. Pelaku pula rakan baik yang bekerja sekali dengan aku masa di lawyer firm.

“Antara nak percaya atau tidak, aku abaikan mimpi tu dan terus melakukan amalan tujuh mubin. Sepanjang tempoh tu, pelbagai perkara berlaku pada aku,” katanya yang bermimpi ngeri dan pelik.

Bukan itu sahaja, dia turut diganggu dengan bayangan hitam tanpa wajah yang muncul semasa sedang melakukan solat tahajud.

Dinding rumah turut dicakar selain dibaling duit syiling sekitar pukul 3 pagi.

Meskipun takut, Haikal tetap meneruskan amalan tersebut sehingga rakannya datang berjumpa dan meminta maaf.

“Aku teruskan amalan untuk sembuhkan diri sendiri. Jualan aku pun dah semakin baik, tak seperti awal niaga dulu. Apa yang pelik, kawan baik tu tiba-tiba muncul kat tempat niaga dan minta maaf.

Aku tanya kenapa dia masih ganggu aku lagi walaupun aku dah berhenti kerja dan dia jawab sebab rasa dengki.

“Melihat keadaan dia yang tidak seperti dahulu, aku terus memaafkan dan minta dia bertaubat atas perbuatan syirik yang dilakukan,” tambah Haikal yang kini bahagia bersama isteri dan sepasang anak kembar.

Malah jualannya semakin bertambah maju dan sering menerima tempahan di majlis perkahwinan.

Sumber:HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *