Lelaki terduduk sebelah pus4ra ibu buat ramai sebak“Dugaan paling berat..”
Tidak dapat dinafikan, kehilangan orang tersayang terutamanya melibatkan ahli keluarga adalah dugaan paling berat yang perlu dilalui oleh seseorang.
Kehilangan ada kalanya membuatkan kita hilang tempat bergantung dan menyandarkan pengharapan pada saat yang diperlukan, dunia tiba-tiba menjadi kelam dan perasaan diselubungi kesedihan.
Perasaan tersebut turut dialami oleh lelaki ini yang tidak dapat menahan rasa sebak apabila ibunya, Hajjah Nawiyah Haji Jemberang telah mninggal dunia, baru-baru ini.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh lelaki itu di laman TikT0knya, dia akui pemergian insan tersayang pada 26 Mei lalu adalah ujian paling berat setelah banyak perjalanan yang dilalui bersama tanpa mengira susah dan senang.
Dalam video itu, lelaki terbabit terduduk di sebelah pusara ibunya selepas hilang kekuatan kehilangan wanita yang melahirkan dia di dunia namun, berjaya ditenangkan oleh seorang pakcik yang berada disampingnya.
Bagaimanapun, dia menzahirkan ucapan terima kasih kepada ahli keluarga terdekat kerana memberi sokongan moral ketika dirinya ditimpa dugaan berat.
“Maka terputus sudah doa dari seorang ibu. Dugaan paling berat. Memang tak ada kekuatan.
“Terima kasih keluarga terdekat bagi sokongan moral. Al-fatihah buat Arwah Ibu Hajjah Nawiyah Binti Haji Jemberang,” ujarnya di ruangan kapsyen.
Netizen turut bersedih
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan ucapan takziah buat lelaki tersebut dan memahami perasaan kesedihan yang dialaminya.
Bukan itu sahaja, ada juga individu yang tidak sanggup kehilangan keluarga tersayang dan tak bersedia jika alami situasi seperti lelaki terbabit.
Sumber: TikT0k @milokotaknibos