Lelaki Cur1 Tabung Masjid Kerana Mahu Beli Susu Anak , Ahli Perniagaan Bantu Sediakan Peguam.

Seorang ahli perniagaan dikenali sebagai  Datuk Seri Sunny Ung telah menawarkan khidmat peguam bela bagi k3s seorang tukang rumah yang did4kwa di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pada 7 September lalu kerana mencur1 duit tabung masjid sebanyak RM22.

Mencur1 sebab nak beli susu anak

Menerusi laporan dari Kosmo! Sunny Ung berpendapat Orang Kena Tuduh (OKT) itu perlu mendapatkan pembelaan sewajarnya memandangkan OKT tidak diwakili mana-mana peguan serta bertind4k sebegitu atas tujuan membeli susu anak.

Saya difahamkan, OKT melakukan perkara itu kerana mahu membeli susu untuk anaknya.

“Saya juga difahamkan, OKT tidak diwakili oleh mana-mana peguam dalam kes tersebut, disebabkan hal itu, saya menawarkan khidmat peguam Tetuan Ahmad Deniel Ruben & Co yang mana segala kos akan saya t4nggung sepenuhnya,” ujarnya.

Harap kes dapat diselesaikan secara baik

Dalam pada itu, dia juga berpendapat bahawa kes ini boleh diselesaikan secara baik tanpa dibawa ke m4hkamah kerana mungkin OKT berada dalam keadaan terdesak.

“Difahamkan OKT mengambil keputusan mencur1 duit tabung masjid selepas dimarahi ibunya kerana tidak mempunyai wang untuk membeli susu dan barangan keperluan lain.

“Saya juga berpendapat kes ini boleh diselesaikan secara baik tanpa perlu membawa ke m4hkamah memandangkan OKT berada dalam keadaan terdesak,” jelasnya.

Terdahulu, seorang lelaki dikenali sebagai Suhaidi Abdul Hamid, 45 tahun, mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan, Majistret Noor Mazrinie Mahmod.

Mengikut kertas pertuduh4n, tertuduh did4kwa mencur1 duit tabung Masjid Pulau Sekati, Kuala Terengganu .

Kesalahan dilakukan pada 27 Jun lalu jam 9.15 malam.

Perbuatan tertuduh terbongkar melalui rakaman litar tertutup (CCTV) masjid berkenaan yang menunjukkan tertuduh mencuri duit tabung masjid sebelum melarikan diri dengan sebuah motosikal. 

Dia telah ditangk4p sewaktu berada di pasaraya di Kuala Nerus sekitar 3 Julai lalu.

Tertuduh didakwa di bawah Seksy4n 380 Kanun Kes3ksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum p3njara sehingga 10 tahun dan denda .

Difahamkan, ketika ditangkap, tertuduh juga didapati p0sitif dad4h dan did4kwa di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dad4h Berbahaya (ADB) 1952.

Sumber: Kosmo! (Mohd Rasdan Ahmad),omm