Lega Boss Tak Marah , Siap Tawar Jadi Akauntan 3 Syarikat . Siswi UUM Belajar Di Kaunter Cashier Stesen Minyak Sambil Kerja.

Kebanyakkan pelajar masa kini gemar melakukan kerja sambilan sama ada ketika cuti semester mahupun sewaktu mengikuti pengajian.

Bahkan ramai yang berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang meskipun terkejar-kejar antara komitmen untuk belajar dan bekerja.

Begitu juga yang dikongsikan seorang individu menggunakan akaun Kaysh di TikT0k.

Menerusi video yang dihasilkan, dia menceritakan pengalaman belajar sambil bekerja sehingga ditawarkan pekerjaan tetap di syarikat berkenaan untuk dijadikan inspirasi bersama.

Hari lahirnya turut diraikan rakan sekerja.

Sambutan hari ulang tahun kelahirannya turut diraikan rakan sekerja.

Kata gadis berusia 24 tahun itu, dia sebelum ini seorang pelajar yang aktif di hostel semasa mengikuti pengajian dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Perakaunan di Universiti Utara Malaysia (UUM).

“Sebelum Covid-19 melanda, saya aktif di universiti dan merupakan salah seorang ahli Jawatankuasa Penginapan Siswa (JKPS) di asrama.

“Saya selalu dengan kumpulan tu dan hampir setiap minggu akan ada program… jadi memang selalu sibuk,” ujarnya.

Namun apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula, dia berasa sunyi lebih-lebih lagi pada Jun 2020 pihak universiti membuat keputusan untuk mengadakan pengajian semester secara atas talian (online).

“Habis sahaja sesi pada Julai, saya terus cari kerja sebab dah bosan duduk rumah. Masa mula-mula kerja situ, saya jadi staf Tealive.

Sekarang saya jaga akaun untuk tiga stesen milik bos.

“Saya terus buat kawan dan semuanya sangat sporting. Jadi semasa semester selanjutnya bermula, saya minta kebenaran keluarga untuk sambung kerja secara sambilan sebab bosan di rumah.

“Kelas daripada pukul 8.30 pagi sehingga 2.30 petang, jadi lepas pada waktu tu memang rasa bosan dan nak kerja bagi isi masa lapang,” jelasnya lagi.

Tambahan pula rakan sekerjanya juga baik serta sering memberi sokongan padu selain banyak membantu ketika dia perlu menyiapkan tugasan atau mempunyai kuiz atas talian.

Baginya, individu sekeliling yang ada pada masa itu dapat menggantikan rakan sekelas yang hanya ditemui melalui panggilan video.

Kayshita kini menjawat jawatan tetap sebagai Pengurus Akaun di syarikat berkenaan.

“Mereka (staf Shell) ni jadi macam rakan sekelas dan turut berkongsi pengalaman membuat tugasan universiti termasuk kuiz dan tutorial.

“Disebabkan itu, saya tak rasa sunyi sepanjang pengajian online… saya pilih belajar dan kerja sambilan supaya dapat sokongan moral kawan-kawan,” luah anak sulung daripada dua beradik ini.

Meskipun gembira dengan kehidupan yang sibuk seperti itu, dia yang mesra disapa Kay turut mengakui mengalami tekanan.

Mana tidaknya, di samping menghadiri kelas online, dia perlu menyiapkan tugasan yang diberi dan pada masa sama perlu melakukan kerja tambahan apabila kekurangan staf.

“Ada rasa stres sebab kadang-kadang assignment banyak dan kerja tak cukup staf… kena cover tapi sebab tim kerja memahami, mereka tak desak sangat dan memahami situasi saya sebagai pelajar.

“Saya akan tolong apa yang mampu sebab saya anggap mereka seperti keluarga sendiri. Jadi stres macam mana pun saya masih enjoy bekerja,” katanya yang baru sahaja meraikan konvokesyen pada Julai lalu.

Berkongsi lanjut, anak jati Pulau Pinang ini turut menzahirkan rasa syukur kerana diberi peluang untuk menjadi kaki tangan tetap berjawatan pengurus akaun di syarikat sama tempat dia bekerja semasa belajar.

Malah katanya tawaran sebagai pekerja tetap itu diterima sebelum dia melakukan latihan industri pada 2022.

“Sejurus habis internship pada September 2022, bos tawar sebagai pengurus akaun. Daripada juruwang dan kerani pentadbiran, sekarang jaga akaun.

“Bos pun banyak support daripada zaman belajar seperti bagi ambil cuti peperiksaan.

“Sekarang saya jaga akaun untuk tiga stesen milik bos,” tambahnya.

Sumber:Hm