Lantang Bersuara Tentang I$u P4lestin , Akaun TikT0k Uyaina Arshad Kena Sekat Secara Kekal.

Uyaina Arshad meluahkan rasa kecewa apabila akaun TikT0k miliknya dipadam secara kekal.

Ia dipercayai Uyaina atau Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 31, lantang bersuara mengenai kekej4man rejim Zi0nis Israel terhadap Palestin di akaunnya itu.

“Akaun TikT0k saya telah dihar4mkan secara kekal,” katanya.

Uyaina berkongsi mengenai perkara itu menerusi aplikasi X yang turut memuat naik tangkap layar yang memaparkan notifikasi diterima daripada pihak TikT0k.

Dalam hantaran berbeza, Uyaina turut berkongsi e-mel yang diterima mengesahkan akaun yang mempunyai 600,000 pengikut itu disebabkan mel4nggar garis panduan komuniti ditetapkan.

Bagaimanapun, tindakan itu tidak mematahkan semangatnya sebaliknya akan menghasilkan akaun baharu di platform berkenaan.

“Tak apa, kita cuba lagi. Buat dan post lagi,” ujarnya.

Sehubungan dengan itu, rata-rata net1zen kagum dengan semangat Uyaina malah bersedia untuk menjadi salah seorang pengikut di akaun TikT0k terbaharunya nanti.

Mereka turut berterima kasih kepada pengacara berkenaan kerana tidak berputus asa dalam menyatakan sokongan kepada rakyat di Palestin.

“Pengorbanan pejuangan online anda amat dihargai. Terima kasih banyak-banyak.

“Kalau dah buat akaun baharu jangan lupa beritahu, kami sedia memberi sokongan lagi.

“Satu kena ban, kita buka yang lain!” antara komen netizen.

Sumber:Mstar