Tiga lans koperal pert4ruh nyawa, selamatkan 2 beranak terper4ngkap dalam kebakaran

Tiga anggota p0lis berpangkat lans koperal dipuji wrganet susulan tindakan pantas mereka menyelamatkan dua beranak yang terper4ngkap dalam kebakaran di sebuah kondominium terletak di Wangsa Maju, semalam.

Lans koperal selamatkan dua beranak

Menerusi perkongsian Polis Diraja Malaysia (PDRM) di laman Facebook, kelihatan beberapa anggota polis sedang memec4h sebuah pintu rumah di kondominium bagi menyelamat penghuni yang terperangkap dalam kebakaran.

Sebaik sahaja pintu rumah berkenaan berjaya dipecahkan, mereka terus membawa mngsa yang merupakan seorang bapa dan anak perempuan keluar dari lokasi kejadian dengan meneruni tangga.

Terus bergegas ke lokasi kejadian

Dalam hantaran tersebut, detik-detik cemas insid3n berkenaan turut dirakam berserta wajah-wajah anggota terlibat dalam operasi menyelamat dua beranak tersebut.

Menurut perkongsian itu, isteri mngsa telah membuat panggilan pada pukul 4.30 petang.

“Lans Koperal Mohamad Khairul Annuar Borhan, Lans Koperal Mohamad Hazieril Hanif Ahmad dan Lans Koperal Muhammad Shahrul Afiq Ahmad Dugel dari Balai Polis Wangsa Maju bergegas ke lokasi kejadian sejurus

menerima panggilan kecemasan yang dibuat oleh isteri mangsa pada Isnin, 18 Mac 2024, kira-kira 4.30 petang,”katanya dalam hantaran.

Ketiga-tiga angota polis tersebut turut berjaya memadamkan api dan membawa keluar mngsa dalam keadaan selamat.

Sehubungan itu, PDRM menghargai jasa dan pengorbanan ketiga-ketiga anggota berkenaan yang sanggup bergadai nyawa demi menyelamatkan nyawa dua beranak tersebut,

“Setinggi-tinggi penghargaan buat Mohamad Khairul Annuar, Mohamad Hazieril dan Muhammad Shahrul Afiq atas kesanggupan mereka mempertaruhkan nyawa ketika api marak bagi menyelamatkan mangsa.

“Sesungguhnya jasa kalian itu sangat besar dan membanggakan pasukan (PDRM),” tulisnya.

Alhamdulillah, syukur…
Rata-rata warganet meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada anggota polis terlibat dalam operasi menyelamatkan dua beranak tersebut dalam kebakaran.

Sumber: FB Polis Diraja Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *