Lama menunggu grab , Chef Anis Nabilah tawar diri hantar lelaki 0KU penglihatan balik rumah

Chef selebriti Anis Nabilah tawar diri hantar lelaki 0KU (orang kurang upaya) penglihatan untuk pulang ke rumah selepas melihat dia lama menunggu pemandu e-hailing.

Chef Anis Nabilah dalam hantaran di Instagram berkata, dia terjumpa dengan seorang lelaki 0KU penglihatan sewaktu sedang makan di kedai mamak pada malam Khamis.

Bagaimanapun, dirinya terdetik untuk membantu lelaki itu selepas melihat dia seorang diri kira-kira 10 minit dan pemandu e-hailing yang ditempah lelaki 0KU itu masih belum tiba.

“Dia tunggu grab nak balik kat tepi jalan, kemudian saya tengok dia berdiri seorang diri dalam 10 minit dan banyak kereta memandu dengan laju di tepi, tetapi Grab dia tak sampai-sampai.

“Jadi, selepas habis makan, saya pergi ke arah dia dan bertanya sama ada dia okey. Nama dia Prakash dan sudah lama menunggu Grab tak sampai,”katanya.

Tambah Chef Anis Nabilah, kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 1 pagi dan dia mengambil keputusan untuk menghantar pulang ke rumah.

“Sambil tu saya sembang dengan dia. Dia sangat sopan, lemah lembut dan petah.

“Prakash cakap dia ajar tuisyen untuk pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Setakat ini ada dua pelajar (tahun ini). Tahun lepas dia mempunyai 4 orang pelajar.

“Jadi, dia sedang mencari sesiapa yang nak belajar dengan dia,”kongsi Anis Nabilah lagi.

Oleh itu, chef selebriti berusia 37 tahun itu menawarkan dirinya untuk membantunya bagi mencari mereka yang memerlukan kelas tuisyen selepas mendapat kebenaran daripada empunya badan,

“Ramai nak caj mahal dan dia tak mampu. Jadi, saya tanya adakah okey jika saya rekod dan kongsi di media sosi4l.

“Di sini, Prakash nyatakan nombor telefon untuk dihubungi. Jika sesiapa berminat, bolehlah hubungi Prakash,”kongsinya.

Sementara itu, Anis meluahkan rasa syukur dan gembira kerana dipertemukan dengan insan istimewa seperti Prakash yang tidak menjadikan kekurangannya sebagai halangan untuk meneruskan kehidupan.

Dalam pada itu, dia berterima kasih kepada orang ramai atas jasa dan bantuan yang dihulurkan sebaik sahaja melihat perkongsian video yang dimuat naik di media sosi4l, semalam.

Sumber: Ig Anis Nabilah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *