“Lagi Ayah Pujuk Lagi Teruk” Graduan Kelas Pertama Menangis , Selepas Gadai Beli Laptop Arwh Ibu Mungk1r Janji Tak Hadir Konvo.
Hari graduasi dianggap sebagai kemuncak kejayaan setiap pelajar universiti dan kebiasaannya disambut bersama ahli keluarga khususnya ibu bapa tercinta.
Namun, bagi pelajar Universiti Sultan Azlan Shah ini, dia tidak berpeluang merasai momen membahagiakan itu ketika majlis konvokesyen Disember tahun lalu kerana diraikan tanpa kehadiran ibu tersayang.
Menurut Nur Ashikin Masiron atau Eqin, pada hari tersebut dia cuma mampu mengimbau kenangan bersama ibunya yang mninggal dunia pada 21 Oktober 2021 akibat ser4ngan jantung.
“Masa tu saya ambil gambar berdua dengan ayah dekat luar dewan. Saya tengok ramai pula graduan lain tengah tangkap gambar berpelukan dan cium mak ayah mereka.
“Saya pun aut0matik rasa jealous dan terus men4ngis sebab mak dah tak ada. Rasa sedikit kekurangan dekat situ. Saya mula-mula tu cover men4ngis sikit-sikit je.
“Tapi ayah nampak anak dia ni men4ngis jadi dia cubalah pujuk. Lagi dia pujuk lagi t3ruk sampai teresak-esak sebab tak boleh kawal perasaan,” ujar lulusan Diploma Teknologi Maklumat ini.
Menceritakan mengenai posting dikongsikan di TikT0k, salah satu klip video yang dikongsikan merupakan momen ketika bermaaf-maafan pada pagi Hari Raya Aidilfitri 2021.
Kata-kata ibu Eqin ketika video itu dirakam sentiasa segar dalam ingatan, menambahkan lagi rasa sed1h dalam dirinya.
“Dalam video tu kami tengah bermaaf-maafan. Sambil salam cium tangan ibu, dia tanya saya bila habis belajar? Tahun depan kan? Tak sabar nak tengok adik nanti (terima diploma).
“Petang sebelum ibu meninggal tu dia ada call saya dan bagi pesanan suruh belajar rajin-rajin dan jangan tinggal solat. Dia berdoa agar cita-cita saya tercapai dan jaga ayah elok-elok.
“Waktu tu saya pelik dia cuma sebut tentang ayah. Tapi sebelum ni ibu memang selalu bagi pesanan dekat saya. Tak sangka tu pesanan terakhir saya terima dan paling bermakna bagi saya,” katanya.
Merupakan anak bongsu dalam keluarga, dia berasa terkil4n setiap kali memikirkan dirinya tidak sempat membalas jasa ibu setelah memasuki alam pekerjaan.
Kenangan Bersama Arwh Ibu.
Malah, dia juga berasa sedih apabila tidak dapat berkongsi kegembiraannya menamatkan pengajian dengan keputusan cemerlang dengan arwah.
“Saya tak boleh lupa masa arwah ibu sanggup gad4ikan gelang kesayangan dia semata-mata nak belikan laptop untuk saya sambung pengajian. Sedih sangat sebab rasa menyusahkan dia, kami bukan daripada keluarga senang.
“Saya berjaya tamatkan pengajian dengan diploma kelas pertama tapi ibu tak sempat tengok sedangkan dia paling teruja masa saya dapat masuk IPT. Sekarang pula saya kerja sebagai akauntan dalam bahagian construction sambil sambung pengajian peringat ijazah.
Memang ral4t sangat tak dapat belikan dia macam-macam sedangkan itulah impian sebenar saya.
“Ibu tak sempat nak merasa duit gaji saya. Memang ralat sangat tak dapat belikan dia macam-macam sedangkan itulah impian sebenar saya. Tapi saya pujuk hati sendiri dan fikir yang saya masih ada ayah yang bangga dengan diri ni,” katanya lagi.
Anak jati Johor Bahru, Johor, ini menitipkan pesanan agar orang ramai menghargai ibu bapa mereka selagi mereka masih ada.
“Kita tak tahu Allah pinjamkan mak ayah sampai bila jadi berusahalah untuk banggakan dan berbakti kepada mereka.
Eqin mendapat keputusan cemerlang.
“Apa-apa pun bagi mereka yang pernah merasai kehil4ngan, jangan berselih. Masih ada lagi yang nak tengok kita berjaya dan sayangkan kita.
“Saya doakan semoga semua orang yang sudah kehilangan ibu atau bapa lebih kuat menghadap hari-hari yang mendatang,” katanya.
Sumber:Mstar,hm