“Kuasa Allah , Kami Rasa Sejuk Di Sekeliling Kaabah” Jemaah Malaysia Kongsi Detik Pintu Baitullah Dibuka Dan Keajaiban Ketika Cuaca Panas.

Detik menyaksikan pintu Baitullah dibuka pastinya menjadi pengalaman luar biasa bagi mereka yang bertuah.

Seperti Saidah Hamizah Ahmad, dia bersyukur menjadi antara ribuan jemaah yang dapat menyaksikan momen berharga itu ketika menunaikan umrah.

Berkongsi cerita kepada mStar, jemaah berusia 38 tahun itu yang berangkat ke Tanah Suci pada 29 Julai lalu berkata, peristiwa itu berlaku selepas solat Subuh di Masjidil H4ram pada 2 Ogos baru-baru ini.

Menurut Saidah, dia tiba di masjid seawal pukul 2.30 pagi sebelum pagar ke dataran Kaabah ditutup sementara, kira-kira setengah jam selepas itu.

“Selepas solat Subuh, saya dan seorang sahabat ke Multazam (terletak antara Hajar Aswad dan pintu Kaabah) dan sedar ada ramai polis pakai baju kalis peluru. Tertanya-tanya kenapa dan ada apa?

“Polis beramai-ramai kemudian berkumpul mengelilingi kaabah. Apabila nampak mimbar digerakkan menghala ke Kaabah, kami dapat rasakan sesuatu yang bukan biasa-biasa.

“Semua jemaah rasa teruja. Tengok mimbar digerakkan ke Kaabah pun dah rasa nervous. Sebelum ini di Malaysia saya pernah bertanya pada seorang pakcik yang berpengalaman melihat pintu Kaabah dibuka, dia tak cakap dan hanya menangis,” katanya

Terdahulu Saidah berkongsi rakaman momen pintu Kaabah dibuka di beberapa platform media sosi4l hingga meraih jutaan jumlah tontonan.

Dalam pada itu Saidah yang menunaikan umrah bersama anak perempuan berusia 11 tahun mengakui dia seakan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya ketika berada di hadapan Kaabah.

“Sebaik pintu Kaabah dibuka, saya rasa berada di dunia lain. Tak berpijak di bumi, tak fikir dunia dan hanya memikirkan akhirat.

“Mungkin itu juga yang dirasai jemaah-jemaah lain dari serata dunia. Kedengaran mereka mengucap, melaungkan Allahuakbar dan bertahmid.

“Daripada awal saya rakam dengan bantuan jemaah lain, dengan niat nak berkongsi kepada semua. Saya rasa ia merupakan momen yang sangat jarang dilihat,” katanya yang berasal dari Johor.

Menyaksikan peristiwa cukup luar biasa itu selama sejam, dia dan sahabatnya, Nurul Shuhada Mat Shukri mengambil keputusan untuk meninggalkan kawasan itu.

“Pintu Kaabah masih dibuka, tapi kami sudah berada lama dan kepenatan dari awal pagi. Tapi dalam kepenatan itu, kami masih dapat menikmati suatu keajaiban di situ.

Sebaik pintu Kaabah dibuka, saya rasa berada di dunia lain. Tak berpijak di bumi, tak fikir dunia dan hanya memikirkan akhirat.

“Masa tu matahari mula naik selepas 7 pagi, tapi sekeliling Kaabah kelihatan redup. Ketika ini musim panas dan suhu mencecah 43 darjah Celsius, kalau duduk pun boleh terasa bahang.

“Tapi dengan kuasa Allah, kami rasa sejuk di sekeliling Kaabah macam selalu pergi overseas waktu sejuk. Sebab apabila kami keluar dari Masjidil H4ram, kembali rasa panas,” ujar ibu kepada dua cahaya mata itu.

Sekembalinya ke hotel, Saidah bersama sahabatnya Shuhada yang juga bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi bertemu dengan wakil konsulat di Mesir, yang merupakan antara individu berpeluang memasuki Kaabah.

“Kami terserempak dengan dia di dalam lif. Kami tanya dia, dan dia dengan wajah yang sangat gembira mengangguk dan mengeluarkan sehelai kain lap putih.

“Katanya itu ialah kain lap yang diberikan kepada mereka untuk lap dinding Kaabah. Dia bagi kami pegang, masih basah dan baunya sangat wangi,” katanya.

Saidah yang merupakan pengasas produk kecantikan meluahkan kegembiraannya yang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.

“Bagi saya ia merupakan kegembiraan lain daripada lain. Macam tidak berada di bumi yang nyata. Saya men4ngis kerana rasa diri ini banyak d0sa tapi diberi nikmat berharga itu.

“Saya terfikir kalau pintu Kaabah sudah cukup membuatkan begitu ramai teruja dan bersyukur, apatah lagi mereka yang berpeluang melihat pintu syurga nanti.

“Ini kali kelima saya ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah, tapi tak sangka merasai peluang yang berharga macam ni. Satu pengalaman yang tak dapat dilupakan,” katanya yang selamat pulang ke tanah air pada Jumaat malam.

Sumber:hm