Jnazah Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq selamat dikebumikan di kampung halaman

Suasana hiba menyelubungi Tanah Perkubur4n Islam Batu 8, Kuantan, ketika jenazah Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said yang m4ut dalam insiden ser4ngan di Balai Polis Ulu Tiram pada Jumaat, tiba untuk disemadikan.

Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq, 24, selamat dikebumikan pada pukul 5.50 petang Sabtu, mengikut istiadat pengebumian Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Pahang, Datuk Sri Yahaya Othman turut hadir bersama pegawai serta anggota polis dari IPK Pahang dan IPD Kuantan untuk menyertai ahli keluarga serta sanak saudara arwah bagi memberi penghormatan buat kali terakhir.

Terdahulu, jnazah Allahyarham Muhamad Syafiq bersama seorang lagi anggota yang terkorban, Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dibawa ke Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil, IPK Johor pada pukul 9.15 pagi untuk disembahyangkan.

Jenazah kemudian dibawa ke Kuantan pada pukul 11.40 pagi dan tiba di kediaman ibu bapanya di Taman Seri Mahkota Jaya pada pukul 4.40 petang untuk disolatkan sekali lagi sebelum dibawa ke tanah perkuburan.

Pada Jumaat dua anggota polis itu yang bertugas di Balai Polis Ulu Tiram maut setelah diserang seorang lelaki bertopeng dan berpakaian gelap bersenjatakan parang.

Dalam insiden yang berlaku pada pukul 2.54 pagi itu, Muhamad Syafiq dilaporkan ditembak di muka manakala Ahmad Azza Fahmi Azhar ditetak di bahagian belakang leher dan kepala.

Seorang lagi anggota, Koperal Mohd Hasif Roslan yang cedera di bahagian bahu dan perut akibat ditembak kini sedang dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru dan berada dalam keadaan stabil.

Sumber:HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *