“Kisah Cikgu Bukan Semua Orang Tahu”Kagum , Cikgu Gotong-Royong Cuci Kepala Murid ,Cari Dan Picit Kutu

video menunjukkan para guru ‘bergotong-royong’ mencuci rambut dan membuang kutu di kepala murid di sebuah sek0lah kawasan pedalaman tular di media sosi4l.

Menerusi perkongsian dibuat di akaun TikT0k cikgoffroad atau Banzaid, kelihatan beberapa guru lelaki dan perempuan gigih mencuci rambut pelajar di tepi longkang di Sek0lah Kebangsaan Pos Balar, Gua Musang, Kelantan.

Sebagaimana dinyatakan, inisiatif yang diambil itu bertujuan untuk menjaga penampilan dan kebersihan murid-murid yang mempunyai kutu.

Jelas Benzaid, tujuan video dimuat naik sekadar untuk berkongsi sisi lain tugasan seorang pendidik yang tidak diketahui ramai.

“Kebersihan sangat perlu. Saya cuma kongsi kisah guru-guru yang bukan semua orang tahu. Ada yang mengeji ada yang memuji.

“Namun tugas kami bukan sekadar mendidik tetapi menyantuni mereka seperti anak kami sendiri. Semua guru begini. Saat mereka hadir ke sekolah, itu pun kami sudah rasa berbangga kerana di sinilah segalanya untuk mereka.

“Maka inilah kisah kami di belantara. Kami tidak berjoget. Kami tidak terkinja kinja. Kami hanya melakukan apa yang perlu. Begitulah,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

Dalam video dikongsikan, kelihatan beberapa orang guru turut menggunakan syampu bagi membersihkan kepala pelajar.

Malah ada juga di antara mereka yang memakai sarung tangan untuk mencari serta memicit serangga kecil itu bagi mematikannya.

Kami tidak berjoget. Kami tidak terkinja kinja. Kami hanya melakukan apa yang perlu.

Video menyantuni murid sekolah berkenaan turut mendapat perhatian ramai di TikT0k.

Rata-ratanya memuji inisiatif guru-guru berkenaan dalam menjaga kebersihan murid.

“Terharu tengok. Semoga cikgu sentiasa dalam keberkatan Ilahi sentiasa.

“Semoga dipermudahkan urusan cikgu-cikgu semua.

“Musim kutu pula ke? Kasihan budak-budak tu. Semoga cikgu-cikgu dipermudahkan urusan,” komen netizen.

Dalam pada itu, terdapat ramai juga individu yang berkongsi kisah dan pengalaman sama mereka sebelum ini.

“Teringat dulu ada anak jiran memang banyak gila kutu. Kami adik-beradik memang tak ada kutu. Dia selalu datang main dekat rumah. Teruja tengok kutu dan telur.

“Suami pernah juga buat dekat pelajar dia. Masa tu mereka datang jumpa dia dan nampak ada benda bergerak atas kepala. Dia tengok penuh dengan kutu,” komen netizen lagi.

Sumber:Mstar , Tiktok

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *