Mninggal Dunia Hari Jumaat , 24 Ramadhan . Anak Kongsi Kisah Amalan Baik Bapa . Tubuh Hangat Sampai Liang Lahad ,Pergi Sangat Mudah
Tular di TikTok selepas dia berkongsi tentang bapanya yang meninggal dunia pada 24 Ramadan lalu.
Menurut Rafina Rithsaqisya, arwah bapanya iaitu Mohammad @ Omar Kadir mninggal dunia dalam keadaan yang terlalu mudah, seolah-olah sedang tidur sahaja.
“Ramai yang tanya, apa amalan ayah sehingga begitu mulia sekali sewaktu Allah jemput ayah pulang. Perginya sangat mudah seolah-olah sedang tidur.
“Jasad ayah tidak dingin, panas dan berpeluh. Sehingga ke liang lahad jasad ayah masih hangat. Tubuh ayah juga lembut sewaktu anak-anak mandikan.
“Seolah-olah mandikan sewaktu ayah hidup. Tidak perlu letak minyak di setiap sendi. Perginya di hari mulia, bulan mulia, 24 Ramadan. Malam tu pula malam ganjil malam Jumaat,” ujarnya.
Sepanjang hayatnya, Rafina berkata arwh merupakan seorang individu yang menjaga solat di awal waktu dan sentiasa ke masjid.
Jika anak-anak ayah ada, kami pasti meraung dan mengganggu konsentrasi ayah saat akhir tu.
Malah, arwh juga sentiasa mengaji al-Quran dan akan memastikan dirinya khatam seminggu sekali.
Mengimbas detik kematian, Rafina berkata bapanya sebenarnya tidak sakit, sekali gus membuatkan pemergian itu tidak dijangka sama sekali.
“Ayah pergi dalam keadaan sihat walafiat. Dia sedang berbual dengan mak, adik ayah dan sepupu ayah. Adik yang tinggal serumah pun pergi kerja macam biasa hari tu sebab dia sihat.
“Saya sempat video call waktu itu, saya ingatkan ayah hanya penat nak tidur. Rupanya ayah pergi untuk selamanya. Selepas mengucap dua kalimah syahadah, kalimah tauhid dan Allahu sebanyak tujuh kali. Sangat pantas.
“Dari saya video call tu, tak sampai 15 minit ayah pergi. Ayah sempat pandang saya sebelum tu. Sangat senang ayah pergi. Tak seperti dalam keadaan sakaratulmaut pun. Tenang sangat,” imbasnya.
Tambah Rafina, dia menerima takdir dengan hati terbuka, malah menganggap semua yang berlaku disusun indah oleh sang pencipta.
“Ayah nak pergi dalam keadaan tenang. Tanpa anak-anak di sisinya. Hanya ibu kami, adik ayah, sepupu ayah dan ahli jawatankuasa masjid.
“Allah dah atur yang terbaik untuk ayah. Jika anak-anak ayah ada, kami pasti meraung dan mengganggu konsentrasi ayah saat akhir tu.
“Semoga ayah tenang di taman-taman syurga bersama anak-anak syurga ayah,” luah wanita itu lagi menerusi perkongsian yang menerima hampir setengah juta tontonan di TikT0k
Sumber:TikT0K , Mstar