Kiriman Ucapan Cinta Buat Warganet Sebak , BCL Sambut Birthday Arwh Suami Di Pusara.
Penyanyi popular Ind0nesia, Bunga Citra Lestari (BCL) sering mencur1 tumpuan setiap kali dia memuat naik foto bersama anak lelakinya, Noah Aiden Sinclair di pusara suaminya, Ashraf Sinclair.
Terkini, menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya, BCL kelihatan memuat naik beberapa foto bersama keluarga termasuklah bersama ibu dan bapa mentuanya.
Dalam pada itu, BCL kelihatan sempat menitipkan ucapan ulang tahun buat suami tercinta, arwh Ashraf Sinclair yang kini telahpun menginjak usia yang ke-44 tahun.
“Dear You, hari ini seharusnya ulang tahun kamu yg ke-44.. Tapi takdir berkata berbeda. Kamu sudah pergi terlebih dahulu.
“Kami di sini okay, baik-baik sahaja,menjalani dan masih mencipta memori /kenangan baru dengan kamu yang menjadi kekuatan di dalamnya.
“Kamu akan kekal di dalam hati kami selama-lamanya. Kami sentiasa rindu kamu. Selamat menyambut hari lahir di syurga. Terima kasih untuk segala-galanya.
“Postscript, in 4 days, Noah will officially be a teenager,” katanya.
Difahamkan, kunjungan ibu dan bapa allahy4rham Ashraf Sinclair ke Ind0nesia adalah sempena menyambut hari lahir anak dan cucu mereka.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan pengikut pelantun lagu Wanita Terbahagia itu yang kini telahpun mencecah 23. 1 juta berasa sebak dengan hantaran berkenaan.
“Aku selalu nangis tiap kali kak BCL post foto begini.
“Doa kami sentiasa buat kamu Bunga, Noah dan Ashraf. Happy Birthday.
“Happy birthday in heaven untuk Ashraf.
“Contoh wanita kuat yang saya kenal. Semoga beliau tenang di sana.
“Suka sangat tengok Noah senyum. semoga kelak menjadi anak yang soleh dan berpribadi baik seperti almarhum ayahnya.
“Al-fatihah buat bang Ashraf dan peluk jauh buat bunda BCL,” komen net1zen.
Terdahulu, pada 18 Februari 2020, dunia hiburan dikejutkan dengan pemergian arwh Ashraf Sinclair yang dilaporkan menghembuskan nafas terakhirnya akibat ser4ngan jantung pada pukul 3.40 pagi.
Berita kemati4n pelakon dan pengacara itu disahkan sendiri oleh ibunya, Khadijah Abdul Rahman menerusi pesanan di aplikasi Whatsapp.
Sumber:hm