Khairul Aming Tolak Tawaran Jadi Penyanyi Dan Pelakon , Tak Mahu Lari Dari Bidang Dibuat.

Pemenang Creator of The Year dalam TikT0k Award Malaysia, Khairul Aming menegaskan tidak akan lari dari bidang yang dibuat iaitu sebagai content creator.

Tak minat jadi pelakon atau penyanyi

Memetik laporan dari Mstar, Khairul Aming sama sekali tidak berminat menjadi seorang pelak0n ataupun penyanyi walaupun pernah mendapat tawaran sebelum ini.

Dia akui men0lak tawaran-tawaran tersebut kerana ingin fokus dalam apa yang dilakukan agar kekal relevan dalam industri.

Banyak tawaran yang saya terima, tapi saya terpaksa tolak. Saya bermula secara online.

“Saya tak mahu lari bidang daripada mana saya mula sebab di sinilah pengikut menyokong saya. Kalau ada masa mungkin saya akan cuba masuk TV di masa akan datang.

“Namun menyanyi dan berlakon semestinya tidak. Mungkin hanya program di bulan Ramadan,” katanya.

Tak pernah fikir masuk program realiti

Pemilik nama sebenar, Khairul Amin Kamarulzaman, 31 dia tidak pernah terfikir untuk menyertai mana-mana program realiti televisyen kerana menghargai para peminat yang sentiasa menyokongnya melalui media digital.

Hal itu dinyatakan Khairul Aming selepas menjulang trofi di TikTok Award Malaysia yang berlangsung di Pusat Pameran Perdagangan Malayasia (MITEC), Kuala Lumpur pada malam Ahad.

Dalam ucapannya sewaktu berada diatas pentas, pemuda asal Kelantan itu memberikan sedikit nasihat kepada anak-anak muda 

supaya f0kus kepada pelajaran dahulu kerana untuk menjadi pembuat konten yang baik harus mempunyai ilmu yang boleh menjadi bekalan dalam menghasilkan karya hebat.

Nasihat berkenaan telah menjadi perhatian dan ramai menyokong apa yang diperkatakan Khairul Aming selepas melihat kejayaannya dalam masa 8 tahun sebagai seorang pembuat konten.

Sumber: Mstar (Farol Hadi),omm