Khai Bahar Tak Sedar Call Nombor Arwh Mak , Sedang Usaha Pulih Emosi”Saya Lupa Mak Tiada”

Khai Bahar mengakui em0sinya masih belum stabil setelah pemergian ibu tercinta iaitu Rosnah pada awal Januari lalu.

Sedang berusaha mendapatkan semula semangat yang hilang itu, Khai atau Muhammad Khairul Baharuddin, 30, memohon orang ramai terus mendoakan dirinya agar terus kuat.

“Doakan saya sebab sekarang ini saya tengah pulihkan kembali emosi untuk kembali semula semangat sebab emosi masih lagi tidak stabil selepas pemergian ibu.

“Saya banyak luangkan masa dengan kawan, keluarga dan kalau ada rasa macam tak seronok atau sepi jadi saya akan lakukan sesuatu untuk lupakan perkara itu, tak ada la saya nak buat perkara tak elok atau bahaya kan.

“Saya terlupa mak dah tiada sampai terlupa dan terhubungi dia sewaktu bangun tidur sebab termimpi, benda tu memang tak jangka sebab bermain dalam minda… 

saya minta kepada semua doakan supaya saya terus kuat dan kembali okay macam dulu,” kata Khai 

Dalam perkembangan lain Khai sedang sibuk mempromosikan single terbaharunya berjudul Lemas dan mempersiapkan diri untuk Anugerah Juara Lagu ke 38 yang bakal berlangsung pada 3 Mac nanti.

Sumber:Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *