Kes Tular Video Yang “Derh4ka Ibu” Tiga Suspek Lelaki Ditahan Polis .

Pihak p0lis menahan tiga orang lelaki berumur lingkungan antara 17 hingga 29 tahun di Pejabat Detektif Ibu Pejabat Daerah (IPD) Port Dickson, Negeri Sembilan, petang semalam susulan video tular ‘derh4ka ibu’

Sebelum itu, video tersebut tular selepas dimuat naik oleh Pengerusi Persatuan Pengguna Semboyan 1 Malaysia, Yusuf Azmi di akaun Fb.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed dalam satu kenyataan berkata, suspek telah dibawa reman ke Mahkamah Port Dickson selama empat hari mulai hari ini.

“Hasil semakan rekod jnayah lampau dapati kesemua suspek tidak mempunyai rekod jnayah dan dadah manakala ujian saringan air kencing adalah negatif.

“Pihak p0lis dalam proses melengkapkan kertas siasatan dengan memanggil beberapa saksi untuk membantu siasatan sebelum merujuk kepada pihak Pend4kwaan Negeri Sembilan,” katanya.

Sebelum ini, pihak polis mengesan video yang dimuat naik oleh Yusuf berkenaan tindakan seorang lelaki melakukan keker4san terhadap ibunya.

Siasatan awal mendapati, rakaman tersebut dibuat rentetan satu kejadian yang berlaku pada 28 September lalu melibatkan perselisihan faham antara adik beradik kepada warga emas tersebut di Taman Pertama, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Sumber: Fb Ibu Pejabat Daerah Port Dickson,omm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *