Kes Belasah Pelajar Lelaki , P0lis Sahkan Sekumpulan Pelajar Telah Ditahan.

Sekumpulan pelajar yang disyaki terbabit dalam k3s membuli seorang remaja lelaki di dalam kawasan taman permainan terletak di Puteri Wangsa, Ulu Tiram Johor Bharu telah ditahan untuk siasatan lanjut.

Menurut laporan Buletin TV3, Ketua P0lis Daerah Johor Bharu 

Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat telah mengesahkan tangkapan ke atas pelajar sekolah menengah yang berusia dalam lingkungan 14 hingga 17 tahun pada petang semalam selepas laporan dibuat.

Sebelum ini, sebuah video berdurasi kurang satu minit tular di media sosi4l yang memaparkan seorang remaja lelaki menjadi mngsa buli oleh sekumpulan pelajar sek0lah menengah.

Menerusi rakaman tersebut, kelihatan mngsa dipukul dan disepak secara bergilir-gilir oleh sekumpulan pelajar lelaki berkenaan di sebuah kawasan taman permainan perumahan.

Dalam pada itu, mangsa yang  dilihat tidak melawan terbaring kes4kitan digelak tawakan oleh perakam video dan pembuli yang mengambil kesempatan ke atas dirinya.

Menjengah di ruangan komen, sebahagian warganet memberikan pandangan tentang peranan ibu bapa dalam mendidik dan memantau kegiatan anak-anak dari rumah.

Tolonglah pantau anak-anak kita

Ibu bapa perlu ambil peduli

Didikan ibu bapa jadikan baik buruk anak

Peranan ibu bapa untuk memantau perangai dan sikap anak-anak

Selain itu, ada yang warganet turut menyokong supaya tindakan undang-undang terhadap k3s buli dipertekatkan dan diperhalusi supaya tidak berlaku lagi k3s yang sama kepada orang lain.

Undang-undang sek0lah perlu diperhalusi

Rotan mereka dengan satu sebatan

Perketatkan undang-undang

Video berdurasi 58 saat itu meraih sebanyak 818,000 tontonan, lebih 34,000 tanda suka serta hampir 3,000 komen.

Sumber: Berita TV3 , omm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *