Kerap Menerima Tempahan Jemaah Masjid , Peniaga Nasi Lemak Akhirnya Derit4 Disihir.Badan Berisi Berubah Tinggal Tulang

Bergelut dalam kesempitan hidup di samping membesarkan anak seorang diri bukanlah perkara mudah bagi seorang wanita.

Bagi kebanyakan ibu tunggal yang tidak bekerjaya tetap, berniaga adalah satu-satunya cara untuk menyara keluarga.

Begitulah yang dilakukan wanita ini, tambahan pula salah seorang anaknya sedang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi.

Berkongsi cerita mengenainya, anak wanita tersebut yang ingin dikenali Hawa berkata, ibunya mengusahakan perniagaan nasi lemak secara kecil-kecilan di kawasan perumahannya.

“Ibu merupakan peniaga nasi lemak tepi jalan di kawasan perumahan kami. Nasi lemak dia memang sedap dan setiap kali aku cuti semester, memang akan bantu dia berniaga.

“Tapi ibu tak buat banyak pun… hanya untuk kuantiti 10 hingga 50 bungkus sehari dan anggaran keuntungan pun tidaklah seberapa.

“Disebabkan jumlah yang sedikit, tempoh jualan hanyalah sekitar satu jam sahaja,” ujarnya

Bercerita lanjut, Hawa berkata, dia tidak menyangka jualan ibunya akan meningkat sehingga menerima tempahan yang banyak daripada orang ramai.

Mengimbau kenangan empat tahun lalu, ujarnya, ia bermula apabila jemaah masjid ingin menginfak nasi lemak untuk kariah mereka dan memilih ibunya sebagai pembekal.

“1,000 bungkus kalau tak silap sebab ada majlis dekat masjid tu. Jadi ibu pun seronoklah sebab tak pernah lagi orang tempah banyak macam tu.

“Jadi malam tu, kami anak beranak buat nasi lemak sama-sama. Orang masjid bagi duit untuk kami beli barang basah dan kering.

“Tak cukup masa kami bantu ibu sampai aku ajak kawan rapat tolong bungkuskan nasi,” ujarnya yang kematian ayah semasa masih kecil.

Wajah ustaz tu terkejut… dia cakap yang ibu disihir dan pelaku tu nak ibu m4ti.

Sejak daripada itu ibunya sering mendapat tempahan nasi lemak dalam kuantiti yang banyak.

“Selang seminggu, masjid taman lain pula tempah 1,500 bungkus dan ada juga tempah untuk majlis dekat sekolah.

“Daripada berniaga tepi jalan sehingga menerima tempahan yang banyak… berganda-ganda Tuhan beri rezeki kepada ibu.

“Ramai yang tempah sehingga tak cukup tangan, aku sendiri terpaksa jaga tepi jalan seorang diri sebab tak nak bagi orang lupa yang ibu berniaga nasi lemak,” tambahnya gembira.

Disangka panas hingga ke petang, dia sama sekali tidak menyangka perniagaan yang dijalankan ibunya dicemburui sesetengah individu.

Mengimbas detik hitam dalam hidupnya, Hawa berkata, ibunya tiba-tiba munt4h drah beserta benda logam dan kaca semasa menyiapkan tempahan daripada jemaah masjid.

Panik dengan situasi tersebut, dia ingin membawa ibunya ke hospital namun wanita tua itu enggan menurut.

“Ibu geleng kepala sambil cakap tak apa, sikit je ni… teruskan bungkus nanti orang masjid tunggu. Aku tak mampu bendung air mata tengok keadaan ibu.

“Jadi, hanya aku dan adik sahaja yang hantar nasi lemak ke masjid. Situasi ibu aku ceritakan pada seorang ustaz semasa serahkan nasi lemak.

“Wajah ustaz tu terkejut dan dia minta bawa ke rumah… melihat keadaan ibu, dia terus cakap yang ibu disihir dan pelaku tu nak ibu mati,” imbasnya sayu.

Menurut Hawa, keadaan ibu yang semakin teruk membuatkan mereka terpaksa menolak tempahan yang diterima.

Malah katanya, tubuh berisi ibunya semakin kurus sehingga menampakkan bentuk rangka.

“Genap empat bulan ibu menderita, akhirnya ibu menghembuskan nafas terakhir. Pelbagai ikhtiar dan rawatan kami cuba tapi gagal untuk selamatkan ibu,” katanya yang berasal dari Pahang.

Tambah wanita ini lagi, rumah pusaka tinggalan kedua-dua orang tuanya itu didiami oleh adik-adiknya manakala dia menetap di Kuala Lumpur bersama suami.

Sumber:hm