Bapa sanggup berhenti merok0k, kerana mahu derma buah pinggang kepada anak
d0ktor yang juga merupakan pes4kit kegagalan buah pinggang tahap lima (akhir) memberitahu bapanya sanggup berhenti merokok demi mendermakan organ buah pinggang buatnya.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Dr Zulkifli Ayub di laman TikT0knya, dapat dilihat bapanya sedang membuat senaman paru-paru menggunakan alat spirometer sebelum pembed4han transplan dilakukan.
Ujar Dr Zulkifli, pemindahan 0rgan tersebut akan berjalan pada hari ini dan insan tersayangnya itu akan mendermakan buah pinggang sebelah kiri.
“Ayah saya seorang bekas perokok, dia suka sangat jenama Gudang Garam.
“Apabila dia mahu mendermakan buah pinggang kepada saya, dia terus berhenti merokok.
“Ayah saya sendiri akan menderma buah pinggang sebelah kiri kepada saya. Doakan perjalananan transplant kami berjalan dengan lancar pada 19 November ini (hari ini),” ujarnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata net1zen meluahkan rasa sebak apabila melihat pengorbanan seorang bapa yang sanggup mendermakan buah pinggangnya untuk anak yang sedang d3rita peny4kit itu.
Semoga dipermudahkan urusan!
Dalam pada itu, ramai mendoakan agar urusan dua beranak tersebut dipermudahkan dan mendoakan agar bapa Dr Zulkifli dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab.
Sumber: hm