Pes4kit lelaki ‘tewas’ kepada pujukan aunty India, menangis sambil disuap makan, Wanita ded4h butir perbualan

Video memaparkan seorang wanita berbangsa India menyuap makanan kepada se0rang pes4kit lelaki Melayu di wad ternyata menyentuh hati rakyat Malaysia.

Pemilik video, K. Jamaunahwathy, 28, menjelaskan wanita yang membantu pesakit str0k itu makan malam adalah ibu saudaranya, Anjala Devi, 63.

Ketika dihubungi , Jamaunahwathy berkata, Anjala amat bersimpati melihat pesakit berkenaan mengalami kesuk4ran untuk menyuap makanan sendiri ketika ditahan di wad Hspital Sultanah Aminah, Johor.

“Masa makan malam diberikan kepada pes4kit lelaki tu, jururawat memang nak tolong suapkan dia. Tapi pes4kit tu tolak tak mahu disuapkan.

“Tapi makcik saya tahu dia memang perlukan pertolongan bila tengok keadaan sakit dia. Nampak dia tak mampu nak makan sendiri sebenarnya.

“Pada mulanya memang dia malu dan tak nak disuap oleh makcik saya. Dia cakap dia tak nak sus4hkan kami untuk uruskan dia,” dia mengimbas momen menyentuh hati tersebut.

Namun, sebagaimana dapat dilihat dalam video, lelaki berkenaan akhirnya berjaya dipujuk oleh Anjala dan setuju disuap makanan yang disediakan pihak hospital.

Lebih mengharukan, sambil mengunyah makanan, pes4kit itu mengesat pipinya kerana gagal menahan air mata daripada mengalir, barangkali terharu memikirkan masih ada yang sudi membantunya.

Jelas Jamaunahwathy yang berasal dari Johor, kejadian berlaku sewaktu dia bersama Anjala dan ibu kandung melawat abangnya yang s4kit di wad sama.

“Kami bertiga ke situ untuk melawat abang saya dekat katil sebelah. Dia ditahan di hospital untuk buat pembed4han jantung.

“Lepas kami sedar dia sus4h nak makan sendiri, makcik cuba nak tolong tapi dia cakap tak nak. Makcik pujuk lagi, cakap dekat dia kalau tak makan nanti tak boleh telan ubat dan tidur.

“Disebabkan makcik berkeras juga nak bantu, dia pun bersetuju nak disuapkan makan. Masa dia menangis, makcik saya cakap jangan nangis, tak lama lagi awak akan sihat,” ujarnya lagi.

Disebabkan makcik berkeras juga nak bantu, dia pun bersetuju nak disuapkan makan.

Bercerita lanjut, Jamaunahwathy menjelaskan lelaki berkenaan ditahan sejak Khamis dan keadaanya semakin pulih pada keesokan harinya.

“Memang makcik tak banyak berbual masa makan tu memandangkan dia tak boleh cakap sangat sebab sakit.

“Masa melawat abang, saya tengok dia tak ada pun pegang telefon atau ada orang datang melawat sampailah kami beredar.

“Hari Jumaat kami datang semula melawat, makcik suapkan dia makan lagi. Tapi keadaan dia semakin pulih berbanding mula-mula kami tengok dia,” katanya.

Posting tersebut meraih pelbagai komen netizen yang terharu dengan tindakan Anjala yang dilihat penuh dengan sifat keibuan walaupun berlainan bangsa.

Sehingga kini, video yang dimuat naik di TikT0k itu telah meraih 2.6 juta jumlah tontonan dan 16,980 komen.

“Dia sedih wey orang suapkan makan. Apa la yang dia simpan dalam hati agaknya.

“Mak tak kira apa bangsa pun tetap mak. Terima kasih aunty.

“Cara pesakit tu tengok makcik tu sambil menangis menunjukkan betapa rindunya dia dekat ibu dan keluarga. Mesti dia ingat dekat mak dia,” antara komen netizen.

Sumber:HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *