Murid ini pura-pura kenyang sebab tak ada duit, sekali tind4kan cikgu ini amat mengejutkan

Memang siapa tak duga nasib seorang pelajar yang selama ini berpura-pura kenyang rupanya beliau menahan lapar akibat tidak ada duit.

Nasib baiklah ada yang sedar dan segera membuat tindakan yang mengejutkan.

Sarapan merupakan sajian yang perlu diambil setiap hari, malah pengambilannya tidak boleh dipandang remeh.

Namun ramai kurang kesedaran berhubung kepentingan makan pagi sehingga mengabaikannya sama ada secara sengaja atau sebaliknya.

Di media sosi4l seorang guru bahasa Jepun, Hizandie Shuaib yang dikenali sebagai ‘sensei’ terlihat seorang anak muridnya hanya duduk di meja kantin paling hujung sambil memerhatikan rakan-rakan lain membeli makanan.

“Kelas awal hari ni. Pukul 9.30 pagi baru aku sempat breakfast. Baru mula menyuap makanan, budak-budak lower form mula datang untuk berehat. Sekejap saja kantin mula dibanjiri oleh mereka.

“Suasana tenang tadi dah bertukar riuh. Dalam ramai-ramai tu, aku terpandang seorang pelajar ni, budak B40. Dia duduk meja hujung. Dia perhati dari jauh sahaja budak-budak lain membeli makanan,” tulisnya di Fb.

Melihat murid berkenaan keseorangan dan tidak makan, sensei memanggilnya datang ke meja.

Ditanya kenapa dia tidak makan, murid itu memberitahu bahawa dia tidak berasa lapar walaupun guru itu sudah menawarkan untuk membayar makanannya.

“Tak apa sensei. Saya tak rasa nak makan pun,” murid itu menolak pelawaan gurunya sebanyak dua kali.

Bagaimanapun bagi sensei, jawapan yang diberikan murid itu bukan apa yang mahu didengarinya.

Dia kemudian menyuruh murid berkenaan tunggu sebentar dan bergegas menuju ke dalam kantin.

“Aku bangun menuju ke dalam kantin. Buku makan ‘Projek Belanja Kita’ aku bawa keluar dan letak atas meja depan dia. Di depan dia aku tulis nama dia dan jumlah RM50.

“Setiap kali makan, tulis tarikh dan jumlah yang awak makan di sini,” sensei seolah-olah memberi arahan kepada murid itu.

Dia terdiam seketika dan selepas itu menyuarakan apa yang terbuku dalam hati yang mana dia sebenarnya bimbang akan menyusahkan gurunya itu.

“Tak sus4h. Yang saya susah, kalau awak tak makan. Jadi setiap kali nak makan, tulis sini. Makan bila rasa lapar. Tak payah nak tahan-tahan,” kata sensei lagi.

Murid itu hanya berdiam diri, barangkali tiada apa lagi yang mampu diucapkannya bagi membalas kata-kata sensei.

Selepas disuruh makan sekali lagi, dia sempat mengucap terima kasih dan terus berlalu pergi.

“Selesai makan aku selak semula buku. Ada tertulis RM3. Itu harga untuk nasi lemak ayam. Bukannya tak lapar. Makan pun dia.

“Yang mula-mula menolak pelawaan suruh makan tu bukan sebab tak nak. Bukan sebab tak rasa nak makan. Tapi sebab budaknya baik dan beradab.

“Budak macam ni, kalau tak jaga, memang tak makan la dia. Sanggup diam daripada meminta-minta,” katanya.

Sumber:hm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *