Kena Marah Dengan Fattah Conteng Pintu Bilik Air , Ramai Terhibur Dengar Jawapan Fatima.

Gelagat si comel kesayangan pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin, Nur Fatima Aisya semakin membuatkan wargamaya terhibur. Ada sahaja aksi comel dan telatah Fatima yang dikongsikan oleh ibu dan ayahnya.

Jika sebelum ini Fatima dilihat semakin pandai melaram, mengenakan pengilat kuku dan aksesori, namun kali ini sedikit berbeza.

Terbaru menerusi akaun Instagram rasmi Fattah dan Fazura, pasangan ini memuat naik video Fatima yang dimarahi oleh Fattah kerana menconteng pintu bilik air.

Fatima dilihat sedang asyik membersihkan kesan contengannya sambil dipantau oleh Fattah yang berada di sisinya.

Walaupun dimar4hi bapanya, namun Fatima tetap berdiam diri dan tekun mencuci pintu hingga bersih.

Pun begitu ketika dihujung video, aksi Fatima terus buat ramai yang ketawa. Mana tidaknya, aksi comel Fatima yang menjawab dengan begitu bersahaja seolah-olah langsung tidak bersalah kerana menconteng dinding.

“Ada lagi tak tu?,” tanya Fattah.

“Ada,” jawab Fatima pantas.

Menjengah ke ruangan komen rata-rata pengikut anak kecil ini yang pada mulanya kasihan melihat Fatima kena mar4h terus terhibur bila mana Fatima menjawab seperti seolah-olah tidak bersalah.

Sumber:HM