Kiah Propa sedih pembedahan suami tak dapat diteruskan, kemoterapi kurang beri kesan”Sel knser sudah merebak”
kisah Kiah Propa yang memilih untuk kembali bersama bekas suaminya, Mohamad Nazri Ismail, selepas lelaki itu disahkan menghidap knser.
Keputusan tersebut membuat ramai kagum dengan kekuatan Kiah, atau nama sebenarnya Siti Rokhaida Abdul Khalil, yang tetap tabah menjaga suaminya yang s4kit.
Pun demikian, pelakon drama Jangan Menangis Cinta itu dalam perkongsian terbaharu mengakui sedih dan pilu apabila mengetahui
sel knser suaminya sudah merebak ke bahagian ketiak dan paru-paru. Lebih menyayat hati apabila pembed4han juga tidak dapat diteruskan.
“Aku sedih sangat hari ini (Rabu) doktor cakap sel knser suami dah merebak ke paru-paru dan bawah ketiak. Aku sedih sangat tapi dia steady.
“Pembed4han tidak boleh dilakukan disebabkan sel knser sudah terlalu banyak di semua saraf utama di leher, bawah ketiak dan mula masuk ke bahagian paru-paru,”ujarnya.
Kemoterapi adalah satu-satunya jalan terakhir. Bagaimanapun, ia rawatan berkenaan yang berfungsi untuk membunuh sel-sel knser dengan ubat khas bagaimanapun tidak memberi kesan p0sitif kepada suaminya.
“Untuk kimoterapi pula sel knser ini tidak s3nsitif, pendek kata rawatan ini hanya menidurkan sel sahaja,” katanya.
Dalam hantaran lain, pelakon berusia 45 tahun itu turut berkongsi suaminya kini lebih banyak terbaring dan menahan sakit akibat kanser yang dialaminya.
Dengan penuh harapan, ibu kepada dua cahaya mata perempuan itu meminta pengikut media sosial mendoakan mereka sekeluarga. Pada masa sama,
beliau memohon orang ramai turut memberi sokongan kepada perniagaannya yang menjadi salah satu sumber rezeki keluarga kecilnya itu.
Sumber:HM