Hidup dengan penuh liku , kembar yatim piatu hadiahkan ijazah buat nenek
Pasangan kembar yatim pi4tu hadiahkan ijazah sarjana muda yang diterima buat nenek tersayang memandangkan warga emas itu telah berk0rban menghidupi mereka sejak kehilangan ibu bapa.
pasangan kembar yatim piatu, S Yamuna dan S Yasoda, 23, telah mengukir senyuman apabila akhirnya perjalanan untuk mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang penuh liku sampai ke akhirnya.
Kembar yatim piatu dibesarkan nenek selepas bapa, ibu & datuk eninggal
Mereka yang dibesarkan oleh datuk dan nenek di Dengkil telah kehilangan bapa pada 2006 disebabkan kemal4ngan jalan raya dan ibu telah pergi kira-kira tiga tahun selepas itu disebabkan knser paru-paru.
Ujar S Yamuna, mereka sekali lagi diuji apabila datuk pula mengalami kemal4ngan jalan raya pada 2010 dan mninggal dunia.
Dia dan kakak akhirnya dibesarkan nenek dengan bergantung kepada bapa saudara dan bantuan daripada pihak kerajaan serta pihak sekolah.
“Kehidupan kami sekeluarga agar sukar dan saya sedar dengan pelajaran sahaja mampu ubah keadaan kami. Saya dan pasangan kembar sentiasa bersama sejak sekolah rendah, menengah, kolej matrikulasi dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
‘”Nenek, L Letchumy, 70, merupakan sumber inspirasi dan motivasi terbesar kami untuk belajar bersungguh-sungguh. Nenek yang selalu beri motivasi jangan sesekali putus asa,”katanya.
Nenek banyak berkorban, abang sumber inspirasi
Kedua-dua mereka telah menerima Anugerah Dekan dalam Majlis Konvokesyen UTM ke-68 tempoh hari menjelaskan bahawa setiap cabaran yang dihadapi dalam hidup sama sekali tidak membuatkan diri mahu berputus asa mengejar impian menjadi akauntan.
Tambah mereka lagi, kejayaan menggenggam ijazah ini merupakan hadiah buat nenek yang sudah banyak berkorban buat mereka sejak kecil.
Kembar yatim piatu itu juga mengakui bahawa kejayaan diperoleh adalah berkat sokongan nenek dan abang yang tidak berbelah bahagi.
“Kami sentiasa menyokong dan memberi semangat antara satu sama lain. Kami gemar belajar seawal jam 4 pagi dan kerap ulang kaji bersama.
“Segala yang kami capai merupakan usaha dan sokongan nenek, kakak dan abang,” katanya.
Difahamkan, abang mereka, Dr. Shatesh Kumar Sangar merupakan Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perpaduan menjadi salah satu inspirasi kepada pasangan kembar berkenaan dalam perjalanan mengejar impian dan cita-cita.
Sumber:hm